KUALA LUMPUR 18 April - AEON CO. (M) BHD. (AEON) memperkenalkan kolaborasi terkininya untuk Koleksi AEON Raya 2022 bersama pereka fesyen dan usahawan terkemuka, Datuk Jovian Mandagie melalui pelancaran media eksklusif di AEON Mall Shah Alam, baru-baru ini.
Jovian, salah seorang pereka paling berjaya di Malaysia, terkenal dengan pengaruh Malaysia-Indonesia beliau merentasi rekaan yang mengagumkan dan telah mencipta gabungan fesyen bermutu tinggi di bawah jenama estetik serta terkemuka Jovian Mandagie house (JM).
“Koleksi ready-to-wear (RTW) kami telah diperkenalkan pada Ogos 2012. Sejak itu, ia telah memenuhi keperluan wanita di Malaysia, memastikan setiap wanita kelihatan cantik dengan pakaian mereka. Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN adalah direka dengan pendekatan yang sama," katanya.
Nusantara adalah nama Jawa Kuno yang pada asalnya merujuk kepada wilayah taklukan kerajaan Majapahit, yang bermula pada abad ke-13. Wanita Kepulauan Nusantara, yang sebati dalam sejarah dan budaya dianggap sebagai simbol kecantikan pada waktu itu, telah menjadi inspirasi koleksi sedia pakai (RTW) premium ini.
Bercakap berkenaan koleksi ini, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen berkata, sesebuah perayaan itu secara intrinsiknya terikat kepada tradisi dan budaya, namun seorang pereka fesyen yang mampu mengimbangkannya dengan kebebasan dan ekspresi moden.
"Sesungguhnya kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Jovian yang mampu memahami dan menterjemahkan konsep ini dengan jayanya. Akhirnya menghasilkan senarai pra-pesanan yang panjang di platfom iAEON Lifestyle kami.
"Harapan kami agar pelanggan setia kami akan berpuas hati sebagaimana usaha keras yang kami laksanakan semasa persediaannya sejak Oktober tahun lepas. Koleksi AEON x JOVIAN Nusantara bukan sahaja dihasilkan untuk wanita, malah pakaian raya untuk seisi keluarga termasuk lelaki dan kanak-kanak," katanya.
Katanya, selain itu koleksi ini juga termasuk pelitup muka tiga lapis dan KF94 rekaan unggul Jovian di dalam reka bentuk baharu untuk dipadankan dengan corak pakaian perayaan.
Mulai 15 April, koleksi tersebut akan tersedia secara eksklusif di tujuh buah cawangan AEON di Shah Alam, Wangsa Maju, Taman Maluri, Mid Valley, Queensbay, Kota Bharu dan Tebrau City, serta jualan dalam talian untuk semua pra-pesanan iAEON Lifestyle di https://lifestyle.myaeon.com.my/special-campaign/jovian-collection-1.
Koleksi ini dilancarkan sempena promosi Ramadan-Raya AEON, 'Raya Penuh Makna'. Pelbagai promosi istimewa Raya yang sedang berlangsung juga boleh didapati di www.aeonretail.com.my. - DagangNews.com