AEON terus kukuh semangat kerjasama dengan komuniti | DagangNews Skip to main content

AEON terus kukuh semangat kerjasama dengan komuniti

Anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang bergambar bersama wakil daripada AEON, MPKj dan Yayasan AEON Malaysia.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 April - AEON CO. (M) BHD. (AEON) dan AEON BiG (M) SDN. BHD. (AEON BiG) mengadakan Program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti sempena bulan Ramadan yang mulia dengan semangat kerjasama dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

 

Program dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) serta disokong komuniti setempat mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk di perkarangan AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn, Cheras baru-baru ini. 

 

Bubur lambuk yang siap dimasak diagihkan kepada lebih kurang 1,200 pengunjung pasar raya tersebut.

 

Program Bubur Lambuk AEON bersama Komuniti akan terus dianjurkan secara berperingkat sehingga 24 April 2022 di cawangan AEON dan AEON BiG di seluruh negara. 

 

Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif kelestarian untuk negara, AEON Sayap Bagimu dengan aspirasi untuk menyokong satu sama lain, berkongsi rezeki dan mengukuhkan kerjasama dengan komuniti dan ekosistem AEON.

 

Sebanyak lebih kurang 50,000 bekas bubur lambuk akan disediakan secara gotong royong oleh kakitangan AEON dan mereka yang terlibat untuk diagihkan.

 

Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON, Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, syarikat berasa amat bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang sentiasa rapat di hati. 

 

"Kami yakin Program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah di antara AEON dan masyarakat setempat. Inisiatif ini juga ialah untuk menzahirkan penghargaan kami terhadap sokongan berterusan daripada para pelanggan AEON," katanya.

 

 

aeon
Datuk Iskandar Sarudin, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed dan Najmuddin Jemain bersama-sama mengacau bubur lambuk 

 

 

aeon

 

 

aeon

 

 

Pada majlis sama, Yayasan AEON Malaysia (MAF) turut menyumbang pembelian pakaian baharu untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada 50 orang anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang. 

 

Sumbangan telah disampaikan oleh Presiden MAF, Datin Noryahwati Mohd Noh dan menjadi lebih teruja apabila menerima sumbangan duit raya daripada Yang Dipertua MPkj, Najmuddin Jemain.

 

 

aeon
Kumpulan Raihan

 

 

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi AEON, Datuk Iskandar Sarudin; Ketua AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed; Nazir Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Ustaz Dr. Fairuz Mohamad dan Pengerusi Surau Al Amin, Datuk Othman Abdul Latiff. - DagangNews.com