AG Nutrition lancar produk set penjagaan kulit baharu dengan teknologi Perancis | DagangNews Skip to main content

AG Nutrition lancar produk set penjagaan kulit baharu dengan teknologi Perancis

KUALA LUMPUR 29 Sept.  – Dalam mempelbagaikan lagi produk keluarannya, AG Nutrition International Sdn Bhd melancarkan produk set penjagaan kulit yang terbaharu terdiri daripada serum dan semburan wajah yang dikenali sebagai AG Beauty Face Mist dan AG Beauty Serum.

Berasaskan teknologi dari Perancis, AG Beauty Face Mist berkesan dalam memberikan hidrasi ke atas kulit dan melindungi serta menaikkan seri pada wajah. Ia mengandungi Matrixyl ® 3000, Ceramosides™ HP, Ekstrak Cendawan, Sodium Hyaluronate dan Ekstrak Sakura.

Menurut kenyataan media AG Nutrition, produk AG Beauty Serum itu dapat membantu menghalusi dan menegangkan kulit wajah daripada kedut dan penuaan. Ia juga terbukti berkesan dalam memberi kelembapan ke atas wajah dan mengimbangkan tona kulit serta membendung jerawat. AG Beauty Serum mengandungi bahan seperti Air Hidrogen, Air Ros, Ekstrak Kulit Pokok Willow, Alpha Arbutin dan Allantoin.

K
etua Pegawai Eksekutifnya, Hafiz Salleh berkata, kepelbagaian produk ini dijangka dapat melonjakkan perniagaan ejen-ejennya di seluruh 24 buah negara dan secara langsung dapat mengukuhkan lagi kedudukan syarikat ini dalam jangka masa yang panjang.

“Berdasarkan pada rekod pertumbuhan perniagaan yang positif sepanjang kami beroperasi selama 15 bulan sejak pelancaran produk kami yang pertama, kami yakin produk terbaharu ini mampu meningkatkan lagi pembangunan usahawan berpendapatan tinggi di peringkat domestik mahupun global”, ujar beliau.
 

aaa
(Dari kiri) Hafiz Salleh, Intan Ladyana, Faiz Salleh dan Fahmi Azmi memperkenalkan produk kecantikan AG Beauty Face Mist dan AG Beauty Serum kepada media semasa Majlis Pelancaran produk terbaharu daripada AG Nutrition International Sdn. Bhd. 

 

AG Nutrition International Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 10 Mei 2019, berjaya menembusi pasaran global di 24 buah negara menerusi produk keluarannya – AG Cera (Pemakanan Antioksidan) dan AG Drinks (Kopi Butterscoth Berkhasiat) dengan jumlah jualan sebanyak RM70 juta. Jumlah jualan pada Ogos 2020 direkodkan mencecah RM16.3 juta, dengan seramai 100,000 ejen jualan aktif di seluruh dunia.

Majlis pelancaran ini turut menyaksikan pelantikan selebriti terkenal tanahair, Intan Ladyana sebagai Duta Produk AG Beauty bersama kehadiran 200 ‘top agents’ AG Nutrition dari seluruh negara. 

AG Nutrition International Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat jualan langsung yang diasaskan oleh tiga anak tempatan – Hafiz Salleh, Fahmi Azmi dan Faiz Salleh – dengan objektif untuk menyediakan produk serta platform niaga yang mampu diusahakan oleh semua lapisan masyarakat.

Barisan produk yang dilancarkan oleh AG Nutrition International Sdn Bhd adalah AG Cera (Pemakanan Antioksidan), AG Drinks (Kopi Butterscoth Berkhasiat) dan AG Beauty (Anti Penuaan Kulit). Ia berjaya menembusi pasaran global di 24 buah negara termasuk Malaysia, Brunei, Singapura, India, Benin, Botswana, Cameroon, Ghana, Ivory Coast, Kenya, Malawi, Mozambique, Namibia, Nigeria, Afrika Selatan, Tanzania, Togo, Uganda, Zambia, Zimbabwe, Maghribi, Mali, United Kingdom, Romania dan Algeria. Seramai 100,000 ejen di seluruh dunia terlibat aktif menjual produk AG Nutrition. - DagangNews.com