Agensi kerajaan terlibat ganda usaha selamatkan mangsa banjir yang terperangkap | DagangNews Skip to main content

Agensi kerajaan terlibat ganda usaha selamatkan mangsa banjir yang terperangkap

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 20 Dis - Agensi-agensi kerajaan terus memainkan peranan mereka dalam usaha membantu menyelamatkan mangsa yang terperangkap akibat banjir di beberapa negeri terlibat khusnya di Selangor.

 

Pelbagai agensi yang terlibat dalam usaha menyelamatkan mangsa termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART).

 

Mereka turut menggunakan segala aset mereka bagi tujuan itu bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap akibat terputus hubungan akibat banjir besar yang melanda ekoran hujan lebat dan berterusan selama beberapa hari.

 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalangan bersama pergawai dan aggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang turut memainkan peranan mereka dalam membantu penduduk yang terjejas di Taman Kinrara 1 dan Taman Kinrara 2.

 

"Ketua Polis Serdang turun ke lokasi banjir bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa untuk berpindah keluar dari rumah masing-masing ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terletak di Dewan Komuniti Bukit Kuchai, Puchong. 

 

"Beliau turut mengarahkan Pegawai dan anggota untuk menyediakan Balai Bergerak PDRM di lokasi bagi memantau keselamatan di lokasi," katanya dalam menerusi laman Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri.

 

banjir

 

Selain itu, Pasukan SMART bersama PDRM dan JBPM Menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa dipercayai lemas di Kg Seri Damai Kuantan, Pahang.

 

Selain panggilan bantuan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di talian 03-80642400, semua perkongsian di media sosial dan aplikasi whatsapp turut dipantau dan diambil maklum petugas. 

 

banjir

 

Wakil daripada semua agensi-agensi terlibat sedang berusaha untuk memastikan bantuan dapat diberikan kepada yang memerlukan. - DagangNews.com