AirAsia kembali tawar tempat duduk percuma, tambang serendah RM25 ke destinasi domestik | DagangNews Skip to main content

AirAsia kembali tawar tempat duduk percuma, tambang serendah RM25 ke destinasi domestik

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Jun - AirAsia kembali menawarkan promosi tempat duduk percuma dengan penerbangan ke 130 destinasi mulai hari ini.

 

Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam kenyataan berkata, pihaknya turut menawarkan tambang serendah RM25 termasuk semua sehala ke destinasi domestik, termasuk Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Langkawi, Alor Setar, Johor Bahru dan banyak lagi.

 

Selain itu, orang ramai boleh melawat bandar-bandar seperti Singapura, Jakarta, Bangkok, Bandar Ho Chi Minh, Krabi dan destinasi-destinasi ASEAN dengan tambang serendah RM60 termasuk semua sehala.

 

"Terbang lebih jauh dengan AirAsia X ke destinasi yang menarik seperti Busan, Hangzhou, Melbourne, Osaka, Taipei dan lain-lain daripada RM279 termasuk semua sehala untuk tempat duduk Ekonomi dan daripada RM899 termasuk semua sehala pada tempat duduk 'Premium Flatbed'.

 

Menurut kenyataan itu, tambang promosi itu tersedia untuk tempahan mulai hari ini hingga 18 Jun 2023 untuk tempoh perjalanan antara 1 September 2023 dan 8 Oktober 2024.

 

Selain itu, penumpang boleh melengkapkan tempahan dengan diskaun sehingga 50% untuk Pek Nilai termasuk hidangan dalam penerbangan oleh Santan airasia, pemilihan tempat duduk, insurans perjalanan dan bagasi daftar masuk 20 kilogram untuk percutian lebih lancar.

 

Katanya, tambang promosi tempat duduk percuma tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

 

airasia

 

 

airasia

 

 

"Tambang termasuk semua sehala ke destinasi domestik bermula daripada RM25 termasuk cukai lapangan terbang, fi Mavcom, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. 

 

 

airasia

 

 

airasia

 

 

"Tambang ke destinasi ASEAN dan seterusnya bermula daripada RM60 termasuk cukai lapangan terbang, fi Mavcom, surcaj bahan api dan bayaran lain berkenaan," katanya. - DagangNews.com