AirAsia tawar diskaun 20% untuk semua destinasi penerbangan bermula November 2022 | DagangNews Skip to main content

AirAsia tawar diskaun 20% untuk semua destinasi penerbangan bermula November 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 17 Okt - AirAsia kembali menawarkan jualan hebat untuk para pengembara, dengan diskaun 20% untuk semua tempat duduk dan semua penerbangan ke destinasi popular untuk perjalanan mulai November ini, sempena musim percutian akhir tahun dan tahun baharu.

 

Jualan tempoh masa terhad ini akan bermula pada 17 Oktober hingga 23 Oktober 2022, yang mana para pengembara dapat merebut peluang untuk menempah tempat duduk ke pelbagai destinasi di ASEAN termasuk Malaysia, Filipina dan Thailand dengan diskaun 20% untuk tempoh perjalanan antara 1 November 2022 dan 30 Jun 2023. 

 

Atas permintaan ramai, AirAsia kini kembali melancarkan perkhidmatan popularnya ke Taipei (dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu) serta Kaohsiung (dari Kuala Lumpur) yang tersedia untuk ditempah mulai hari ini hingga 23 Oktober, bermula daripada RM349 sehala. Tambang istimewa itu hanya sah untuk masa yang terhad.

 

Para pengembara juga boleh menerokai destinasi yang lebih jauh dengan kos minimum dengan syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X, dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Perth, Sydney, Auckland, Seoul dan Tokyo dengan tambang termasuk semua sehala bermula daripada RM559 dan tempat duduk premium flatbed bermula daripada RM1,799 untuk perjalanan antara 1 dan 30 November 2022. 

 

AirAsia X juga telah menyambung semula perkhidmatannya dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Arab Saudi, mulai 16 November yang kini tersedia untuk tempahan dengan 20% diskaun bermula daripada RM1,510 untuk tempoh perjalanan mulai pertengahan November sehingga Mac 2023.

 

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Karen Chan berkata, AirAsia telah meningkatkan kapasiti untuk menawarkan perkhidmatan kepada lebih ramai tetamu untuk berhubung dengan keluarga dan sahabat handai mereka sempena tempoh perayaan akan datang. 

 

"Kami telah menyambung semula perkhidmatan ke destinasi popular di Asia Utara iaitu Taiwan dan teruja untuk kembali ke Taipei dan Kaohsiung dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. Kami yakin bahawa sama seperti semua laluan lain, Taipei dan Kaohsiung akan menjadi destinasi popular untuk semua.

 

 

airasia

 

 

airasia

 

 

“Tawaran ini bakal menyediakan diskaun hebat untuk perjalanan cuti akhir tahun dan sambutan Tahun Baru Cina. 

 

 

airasia

 

 

Kami memahami bahawa ramai tetamu masih tidak berpeluang untuk berhubung semula dengan orang tersayang sejak pandemik melanda, jadi kami ingin memberikan nilai terbaik kepada anda untuk melawat keluarga dan rakan-rakan. Buatlah tempahan di aplikasi kami atau di www.airasia.com untuk mendapatkan nilai terbaik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - DagangNews.com