Epicon, dulu dikenali Konsortium Transnasional bebas daripada PN17 mulai 3 Mei 2024 | DagangNews Skip to main content

Epicon, dulu dikenali Konsortium Transnasional bebas daripada PN17 mulai 3 Mei 2024

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 2 Mei - Epicon Berhad yang dahulunya dikenali sebagai Konsortium Transnasional Berhad tidak lagi berada dalam kritieris Amalan Syarikat Nota 17 atau PN17, menurut Bursa Malaysia Securities hari ini.

 

"Epicon telah menetapkan keadaan kewangannya dan tidak lagi mencetuskan mana-mana kriteria di bawah Perenggan 2.1 PN17 Penyenaraian Pasaran Utama Keperluan Bursa Securities.

 

"Selepas pertimbangan sewajarnya terhadap semua fakta dan keadaan perkara itu, Bursa Malaysia Securities memutuskan untuk meluluskan permohonan Syarikat untuk mengeluarkannya daripada diklasifikasikan sebagai syarikat PN17.

 

"Epicon dikeluarkan daripada klasifikasi syarikat PN17 berkuat kuasa mulai 9 pagi pada 3 Mei 2024," kata Bursa Securities.

 

Syarikat yang ketika itu menggunakan nama Konsortium Transnasional mencetuskan kriteria PN17 pada April 2020, selepas juruauditnya menonjolkan ketidakpastian ketara dalam keupayaan kumpulan untuk meneruskan usaha berterusan dalam penyata kewangan terauditnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2018 (FY18).

 

 

unisza

 

 

KTB melupuskan perniagaan bas ekspresnya sebagai sebahagian daripada rancangan kumpulan itu untuk mengatur keadaan kewangannya bagi menangani status PN17.

 

Kumpulan itu melupuskan Park May Bhd milik penuhnya kepada Nadicorp Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan dalam pengangkutan, pembuatan, perniagaan tani dan hartanah, dengan jumlah nominal RM1 kerana prospek perniagaan bas ekspres itu masih tidak menentu.

 

Konsortium Transnasional Bhd telah menukar namanya kepada Epicon Bhd pada 28 Julai 2023, menggantikan nama pendek saham lama "KTB" tetapi mengekalkan nombor kod saham. 

 

Ketika pasaran ditutup hari ini, saham Epicon menokok 1 sen atau 2.17% menjado 47 sen sesaham, memberi nilai modal pasarannya sebanyak RM279.55 juta. - DagangNews.com