KUALA LUMPUR 30 Sept - Para pelancong di Langkawi kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah barangan bebas cukai yang lebih baik melalui airasia Super App, platform perjalanan dan gaya hidup AirAsia digital dengan pelancaran airasia travelmall, platform pertama seumpamanya yang menawarkan pengalaman membeli-belah barangan bebas cukai secara digital dan tanpa sentuhan.
Buat pertama kalinya di ASEAN, para pelanggan boleh memilih produk bebas cukai dari pelbagai kategori secara dalam talian di airasia travelmall.
Selain nilai hebat, para pelanggan juga boleh menikmati perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama di mana barangan yang dibeli akan dihantar terus ke lokasi atau hotel pada waktu yang dipilih.
Semua pesanan yang dibuat sebelum jam 4 petang akan dihantar pada hari yang sama untuk menawarkan satu pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan selamat.
Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App, Amanda Woo berkata, sejajar dengan komitmen berterusan AirAsia untuk menjayakan gelembung perjalanan Langkawi, pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi bagi menawarkan pengalaman membeli-belah bebas cukai baharu dan tanpa sentuhan dengan perkhidmatan penghantaran ke seluruh Pulau Langkawi pada hari yang sama.
Menurutnya, ini hanyalah langkah pertama airasia, tidak lama lagi pihaknya akan menawarkan pelbagai spektrum perkhidmatan daripada penghantaran ke tempat duduk pesawat, pengambilan di lapangan terbang, penghantaran ke hotel dan rumah dengan 13 peniaga di seluruh ASEAN di platform airasia.
“Ini adalah masa depan membeli-belah dan kami berbangga untuk melancarkan satu lagi perkhidmatan yang pertama di dalam industri ini. Airasia travelmall adalah sebahagian daripada usaha inovasi berterusan kami untuk meningkatkan tawaran produk dan perkhidmatan kami.
''Platform ini memanfaatkan teknologi airasia Super App yang menghubungkan pengguna secara langsung kepada inventori produk yang komprehensif dan perkhidmatan penghantaran pilihan mereka, selain disokong oleh sistem pembayaran yang lancar dan selamat,'' katanya.
Menurutnya, platform ini juga ditubuhkan untuk menyokong transformasi digital perniagaan bebas cukai di Langkawi untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah bebas cukai dalam talian.
''Kami komited untuk terus menyokong peniaga tempatan dengan menawarkan caj komisen yang rendah dan berharap untuk terus membantu mereka mencapai pertumbuhan yang luar biasa dengan pesat. Kami mengalu-alukan lebih ramai peniaga yang bersedia untuk memanfaatkan teknologi dan e-dagang.”
Pengurus Eastern Native Duty Free Sdn Bhd., Tan Min Jie yang mewakili para peniaga di airasia travelmall airasia berkata, pihaknya gembira untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif baharu airasia travelmall ini di mana peniaga dapat menjangkau lebih ramai pelanggan dan mengembangkan perkhidmatan dengan menawarkan penghantaran ke hotel pada hari yang sama.
Pengurus Pembangunan Perniagaan Langkawi General Supplies Sdn Bhd, Sunny Yeoh berkata: “Setelah melalui pelbagai cabaran, kami kini lebih kuat. Hari ini, bersama-sama airasia travelmall, kami teruja untuk meningkatkan dan mengembalikan pengalaman membeli-belah barangan bebas cukai di Langkawi.
''Kami menghargai usaha pasukan airasia yang telah memberi peluang kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada airasia Super App. Kami telah melihat kehebatan e-dagang dan kami bersedia untuk memanfaatkan saluran baharu ini dan terus berkembang dan berinovasi,” katanya.
Sempena pelancaran ini, airasia travelmall menawarkan diskaun sehingga 70% untuk pembelian barangan bebas cukai di Langkawi dari 30 September 2021 hingga 31 Oktober 2021.
Nikmati juga perkhidmatan penghantaran percuma untuk pembelian minimum RM50 dan lebih banyak diskaun istimewa untuk tetamu AirAsia, penumpang airasia ride dan pelanggan di hotel yang bekerjasama dengan kami. Untuk maklumat lanjut, klik ikon ‘travelmall’ di airasia Super App. - DagangNews.com