KUALA LUMPUR 29 Julai - Pengendali kapal sokongan luar pesisir (OSV) Alam Maritim Resources Bhd, mengumumkan pelan regularisasinya termasuk pengurangan modal saham sebanyak RM440 juta, penyatuan saham 10-dalam-satu, menerbitan saham hak boleh tular dengan waran dan skim pengaturan pemiutangnya.
Dalam makluman di Bursa Malaysia, syarikat perkhidmatan minyak dan gas marin bersepadu itu berkata, hasil kredit daripada pengurangan modal saham itu akan digunakan untuk mengurangkan kerugian terkumpul syarikat iaitu RM489.81 juta dicatatkan pada 31 Mac 2024.
Selain itu, syarikat itu akan menyaksikan modal saham terbitannya iaitu 1.53 bilion dicatat pada 30 Jun 2024 itu akan berkurang kepada 153.18 juta saham.
Di samping itu, Alam Maritim juga rancang untuk menjalankan terbitan hak boleh ditolak berdasarkan tiga hak saham bagi setiap empat saham yang telah disatukan pada harga 12 sen.
Harga terbitan itu memberikan diskaun sebanyak 56.9% dari saham Alam Maritim iaitu 27.83 sen pada 25 Julai 2024.
Alam Maritim berkata, hak harga terbitan itu akan dilengkapkan dengan waran, iaitu berlandaskan satu waran bernilai 30 sen bagi setip empat saham.
Berikutan dengan hasil terbitan hak, waran sebanyak RM13.79 juta itu akan digunakan untuk penyelesaian tunai terbitan, yang merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula hutangnya.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan pemegang saham utama Alam Maritim, Datuk Azmi Ahmad dan pemegang saham utama tidak langsung Datuk Aloysius Albert Michael mengambil keputusan untuk melanggan hak mereka sepenuhnya.
Masing-masing akan melanggan hak sepenuhnya ke atas hak sahamnya dan hak saham tambahan yang tidak diambil oleh pemegang daripada 55 juta sehingga maksimum 59.89 juta.
Sementara itu, penyelesaian hutang dicadangkan adalah 177.51 juta saham penyelesaian pada harga terbitan 27.83 sen setiap satu, serta 44.38 juta waran penyelesaian percuma kepada pemiutang skim berdasarkan satu waran bagi setiap empat saham.
Jumlah yang perlu dijelaskan oleh syarikat itu melalui saham penyelesaian kepada skim pemiutang adalah RM49.4 juta.
Setelah selesai cadangan penstrukturan semula hutang, Alam Maritim dijangka meraihkan keuntungan bersih sekali sahaja sebanyak RM50.63 juta hasil daripada pengenepian hutang.
Kumpulan itu merekodkan kerugian bersih berturut-turut antara RM80.28 juta dan RM226.73 juta dari tahun kewangan berakhir 31 Dis 2018 sehingga 18 bulan berakhir dalam tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2022, sebelum kembali memperoleh keuntungan bersih pada FY2023 dengan sebanyak RM14.19 juta.
Syarikat menjangka untuk melengkapkan cadangan pelan penyusunan semula dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kelulusan Bursa Securities.
Inter-Pacific Securities Sdn Bhd merupakan penasihat utama bagi cadangan pelan penyelarasan.
Alam Maritim tergelincir ke status PN17 selepas juruaudit luarnya Baker Tilly Monteiro Heng PLT menyatakan penafian pendapat dalam akaun teraudit kumpulan itu untuk tempoh kewangan dari 1 Jan 2021 hingga 30 Jun 2022 pada Oktober 2022.- DagangNews.com