KUALA LUMPUR 2 Julai 2024 – Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) dan HSBC Bank Malaysia Berhad (HSBC Malaysia) mengukuhkan perkongsian bankasurans dengan pelancaran pelan insurans hayat baharu, HSBC’s Universal AssuredTreasure.
Tujuan pelan hayat sejagat adalah untuk membimbing individu ke arah kemakmuran kewangan dengan menawarkan gabungan unik pertumbuhan simpanan, aliran pendapatan yang stabil dan keselamatan kewangan yang komprehensif.
Pelan itu sediakan premium mampu milik. Di samping itu, pelanggan menikmati pembayaran tunai yang dijamin dan perlindungan penting untuk diri sendiri dan orang tersayang.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Charles Ong berkata, “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan pelan HSBC’s Universal AssuredTreasure dengan kerjasama HSBC Malaysia. Produk inovatif ini menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan pelanggan dengan penyelesaian kewangan yang teguh untuk memelihara kekayaan dan keselamatan jangka panjang.
“Dengan menggabungkan kepakaran Allianz Life dalam insurans dengan rangkaian perbankan HSBC Malaysia yang luas, kami memperkasakan lebih ramai individu untuk mencapai matlamat kewangan mereka dan melindungi masa depan mereka, secara tidak langsung menjadikan insurans boleh diakses oleh setiap rakyat Malaysia dan mengurangkan jurang perlindungan di negara ini.”
Tiada pemeriksaan perubatan atau pengisytiharan kesihatan diperlukan untuk pelan HSBC’s Universal AssuredTreasure.
Pelanggan juga boleh menikmati pembayaran tunai tetap, menyediakan aliran pendapatan yang stabil untuk menyokong matlamat kewangan mereka.
HSBC Malaysia merupakan pengedar bankasurans eksklusif untuk produk insurans Allianz Life dalam perlindungan, pendidikan, persaraan, kekayaan dan keperluan warisan sejak 2012.
Dengan komitmen terhadap inovasi, keselamatan dan pertumbuhan, perkongsian itu menawarkan rangkaian produk yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan.- DagangNews.com