Allianz Life lancarkan pelan pelaburan Allianz UltimateLink, pelan perubatan HealthInsured | DagangNews Skip to main content

Allianz Life lancarkan pelan pelaburan Allianz UltimateLink, pelan perubatan HealthInsured

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 April - Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) melancarkan pelan berkaitan pelaburan, Allianz UltimateLink dan pelan rider perubatan HealthInsured bagi membantu pelanggan mengharungi masa yang tidak menentu. 

 

Allianz UltimateLink ialah ILP premium biasa yang mempunyai pelbagai manfaat pilihan campuran dan padanan hanya dalam satu pelan dengan perlindungan hayat yang komprehensif yang disertakan Jaminan Berkuat Kuasa Bersyarat.

 

HealthInsured ialah unit terjamin, dengan pemotongan Penghospitalan dan Pembedahan (H&S) yang boleh diperbaharui, dengan had tahunan keseluruhan yang tinggi sehingga RM5 juta untuk perlindungan perubatan komprehensif termasuk kanser, kemalangan kecemasan serta COVID-19. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Charles Ong berkata, sebagai syarikat insurans, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dengan Allianz Life akan sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan pemegang polisi.

 

"Allianz UltimateLink membolehkan pelanggan menyesuaikan perlindungan berdasarkan keperluan mereka. 

 

"Bagi HealthInsured, ia dicipta dengan pilihan pemotongan berbeza yang boleh melengkapkan perlindungan perubatan sedia ada yang sudah ada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

allianz
Charles Ong

 

HealthInsured terdiri daripada empat pelan yang menawarkan jenis manfaat berbeza iaitu Pelan 150, Pelan 200, Pelan 300 dan Pelan 500.

 

Pelan 200 dan ke atas disertakan dengan perlindungan COVID-19  pelanggan mempunyai pilihan persaraan yang membolehkan pemilik polisi menukar pelan sedia ada kepada pelan pemotongan sifar apabila mencapai umur 60 tahun. 

 

Sementara itu, Pelan 150 direka khas dengan perlindungan penting yang memberikan perlindungan sekiranya dimasukkan ke hospital. 

 

Maklumat lanjut mengenai Allianz UltimateLink dan HealthInsured, layari https://www.allianz.com.my/personal/life-health-and-savings.html atau hubungi kami di 1-300-22-5542 atau customer.service@allianz .com.my dari Isnin hingga Jumaat antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam. - DagangNews.com