KUALA LUMPUR 29 Ogos - Allianz Life Insurance Malaysia Bhd menyediakan insurans yang komprehensif serta perkhidmatan nilai tambah yang akan memberi manfaat kepada majikan dan pekerja.
Menurut Allianz Life, insurans tersebut menawarkan tiga manfaat kepada manjikan termasuk menyediakan perlindungan kepada tanggungan atau ahli keluarga terdekat pekerja.
"Selain daripada mengurangkan pusing ganti pekerja dan kos yang berkaitan, majikan yang menawarkan manfaat komprehensif akan memberi keyakinan kepada pekerja untuk tinggal bersama majikan," ujarnya.
Insurans itu juga memberikan pekerja akses kepada perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan secara amnya.
Kata Allianz Life, manfaat tersebut akan meningkatkan produktiviti kerja yang akan menyumbangkan kepada prestasi keseluruhan syarikat.
Di samping itu, insurans itu juga menawarkan keselamatan kewangan kepada pekerja.
Katanya, ia akan memastikan mereka dilindungi sekiranya berlaku kecemasan perubatan, hilang upaya atau kejadian lain yang tidak dijangka.
"Kami juga menyediakan organisasi dengan beberapa pelan manfaat pekerja, termasuk insurans pekerja asing, pampasan pekerja, Allianz Care SMI, Allianz SME Choice Plus, jangka hayat Kumpulan, penghospitalan dan pembedahan Kumpulan, serta klinik pesakit luar Kumpulan.
"Kami juga menyediakan perkhidmatan nilai tambah teratas untuk pekerja termasuk Allianz Blue Ribbon, Allianz Care@Home, Perkhidmatan Kesihatan dan Allianz We Care Community," ulasnya.
Ketua Pegawai Jualan Perkongsian Allianz Life, Lim Li Meng berkata, pelan manfaat pekerja syarikat menyediakan sokongan untuk kedua-dua majikan dan pekerja, memastikan tenaga kerja yang lebih sihat, lebih produktif dan terjamin dari segi kewangan.
"Dengan mengutamakan keperluan pelanggan kami dan memberikan penjagaan yang tiada tandingan melalui perkhidmatan kami, kami komited untuk menetapkan piawaian baharu dalam industri dan memupuk kejayaan jangka panjang untuk pelanggan kami," ulas beliau. - DagangNews.com