KUALA LUMPUR 28 Jan - AmInvest Research percaya bahawa sekatan jumlah eksport kelapa sawit yang ditetapkan kerajaan Indonesia telah memberi kesan kepada peningkatan harga minyak sawit mentah (MSM) di pasaran.
Bedasarkan kepada laporan yang dikeluarkan Bloomberg, kerajaan Indonesia menetapkan pengeksport kelapa sawit untuk memperuntukkan sejumlah 20% daripada penghantaran mereka terdiri daripada produk tempatan.
Harga pasaran di bawah pasaran tempatan untuk MSM ditetapkan pada kadar US$0.65 (RM2.73) untuk setiap kilogram dan AS$0.72 sekilogram untuk minyak masak olein.
"Berita mengenai sekatan yang ditetapkan Indonesia itu menyebabkan harga MSM meningkat sejak beberapa minggu lalu dan harga MSM untuk Februari meningkat kepada RM47/tan kepada RM5,660/tan manakala untuk April ia dijangka terus meningkat RM42/tan kepada RM5,468/tan.
"Sebelum ini, kami menjangkakan penetapan pengambilan produk tempatan itu dibuat berdasarkan kepada penghasilan tahunan MSM tetapi peruntukan sebanyak 20% adalah berdasarkan kepada penghasilan semasa dan penetapan adalah lebih kecil daripada jangkaan sekali gus memberi ruang yang lebih banyak kepada eksport," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Menurut Gabungan Pengusaha Sawit Indonesia (Gapki), jumlah eksport untuk produk kelapa sawit Indonesia adalah sebanyak 37.2 juta tan pada 2021 manakala ekport MSM dan minyat sawit proses adalah sebanyak 18.2 juta tan pada tahun sama.
"Sekiranya kami mengandaikan perkembangan sebanyak 5% kepada jumlah eksport Gapki, penghasilan produk tempatan akan meningkat kepada 7.8 juta tan. Sekiranya produk tempatan itu adalah berdasarkan kepada penghasilan MSM, pentepan itu akan meningkat kepada 9.5 juta tan.
"Buat masa sekarang, penghasilan MSM Indonesia akan meningkat daripada 1.7 juta tan kepada 1.9 juta tan pada FY22F dan jumlah penghasian itu akan meningkat kepada 48 juta tan berbanding 46.7 tan pada 2021," katanya.
Firma penyelidikan itu bagaimanapun mengekalkan saranan 'neutral' terhadap pasaran perladangan walaupun terdapat peningkatan harga MSM namun harga saham syarikat akan kekal hambar akibat amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). - DagangNews.com