AmInvest Research jangka kos pengeluaran FFB TSH Resources di Indonesia meningkat sehingga RM2,220 bagi setiap tan | DagangNews Skip to main content

AmInvest Research jangka kos pengeluaran FFB TSH Resources di Indonesia meningkat sehingga RM2,220 bagi setiap tan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 April - AmInvest Research menjangkakan kos pengeluaran buah tandan segar (FFB) TSH Resources di Indonesia meningkat dalam lingkungan harga RM2,000 hingga RM2,220 bagi setiap tan pada FY22 berbanding RM1,630satu tan pada FY21 akibat kenaikan harga baja sebanyak dua kali ganda. 

 

Firma penyelidikan itu difahamkan bahawa kumpulan itu sudah mendapatkan bekalan baja untuk 1HFY22.

 

"Selain kenaikan kos pengeluaran, kami percaya bahawa kumpulan itu akan berdepan kenaikan  kos pengangkutan dan gaji antara 5% ke 10% pada FY22," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, walaupun terdapat peningkatan dalam rizab tunai TSH, penanaman kelapa sawit baharu kumpulan itu dijangka sangat minimum bagi FY22 kerana kelulusan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) untuk penanaman baharu memakan masa lama.

 

Kos penanaman baharu sehingga mataang dijangka berharga antara RM15,000 hingga RM20,000 sehektar.

 

Perbelanjaan TSH dijangka meningkat kepada RM50 juta pada FY22F berbanding RM41.3 juta pada FY21 disebabkan oleh perbelanjaan perumahan, jalan raya dan penyelenggaraan kilang kelapa sawit mereka.

 

"Disebalik peningkatan harga minyak sawit mentah, pendapatan TSH dijangka menurun kepada 38.2% pada FY22F daripada 49.5% pada FY21.

 

"Ia dijangka terus menurun selepas pelupusan tanah seluas 13,215 hektar di Kalimantan Timur kepada PT Kawasan Industri Kalimantan Indonesia dan PT Kalimantan Industrial Park," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'jual' terhadap saham TSH dengan harga sasaran (TP) tidak berubah iaitu RM1.40 sesaham. - DagangNews.com