AmInvestment jangka Power Root luaskan rangkaian pengedarannya untuk tingkat pendapatan | DagangNews Skip to main content

AmInvestment jangka Power Root luaskan rangkaian pengedarannya untuk tingkat pendapatan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Mac - AmInvestment Bank Research menjangkakan Power Root akan memberi fokus meluaskan rangkaian pengedarannya sebagai langkah meningkatkan pendapatan kumpulan yang dilihat masih berada di bawah paras pra pandemik.

 

Firma penyelidikan itu bekata, kumpulan menganggarkan terdapat antara 5,000 hingga 6,000 cawangan atau pengedar baharu berpotensi yang belum diterokai dalam pasaran domestik yang menyediakan peluang pertumbuhan positif.

 

Pada masa sama, kumpulan itu juga merancang untuk mengembangkan pasaran produk mereka ke pasaran antarabangsa seperti Brunei.

 

"Sebelum ini, produk untuk pasaran luar negara adalah terhad kepada produk utama sahaja.

 

"Bagi pasaran domestik, Power Root akan mengambil langkah meningkatkan kecekapan operasinya termasuk membuat pelaburan ke dalam sistem investrori selain mengadakan program audit runcit.," katanya dalam satu nota kajian, hari ini. 

 

Firma penyelidikan itu berkata, Power Root mempunyai bekalan kopi mencukupi hingga hujung tahun ini dalam usaha untuk melindunginya daripada berlaku turun naik harga yang tidak menentu.

 

Kopi merupakan salah satu daripada bahan utama Power Root yang menyumbang antara 25% hingga 26% kepada kos barang dijual (COGS) dan mereka juga sudah mula menaikkan harga produk mereka bermula 1 Januari 2022 antara 8% ke 9% mengikut jejak langkah pesaing mereka. 

 

power

 

"Kumpulan itu menyasarkan keuntungan margin keuntungan bersih antara 7% ke 8% untuk FY23," katanya.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu mungkin akan menangguhkan pelaksanaan duti eksais kepada pelanggan terhadap produk minuman pracampurannya dan dipercayai mereka memiliki pendekatan baharu sekiranya kerjaan memperkenalkan cukai minuman bergula kepada mereka.

 

"Bagaimanapun, formula baharu yang akan digunakanuntuk mengurangkan jumlah gula di dalam minuman tidak akan menjejaskan rasanya," katanya.

 

AmInvestment mengekalkan saranan 'pegang' untuk saham-saham Power Root degan harga RM1.21 sesaham dan ia dinilai pada paras semasa dengan harganya disokong oleh hasil dividen yang menarim iaitu 4.9% bagi FY23 selain kunci kira-kira yang kukuh. - DagangNews.com