AmInvestment kekal saranan 'beli' untuk Bermaz Auto dengan FV RM2.25 | DagangNews Skip to main content

AmInvestment kekal saranan 'beli' untuk Bermaz Auto dengan FV RM2.25

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Mei - AmIvestment Bank Research mengekalkan saranan 'beli' untuk Bermaz Auto (BAuto) dengan nilai wajar (FV) RM2.25 berbanding RM1.97 berdasarkan sasaran harga kepada pendapatan (PE) sebanyak 13x untuk FY23F.

 

Firma itu juga mengekalkan unjuran pendapatan dengan BAuto dijagka meiah pendapatan bersih yang lebih baik untuk 4QFY22 didorong oleh penjualan Mazda, Kia dan Peugeot yang tinggi.

 

Katanya, pendapatan FY22F memberi gambaran bahawa keuntungan bersih teras BAuto untuk 4QFY22 sebanyak RM49 juta adalah 19% lebih kukuh berbanding pendapatan pada suku sebelum ini

 

"Kami menjangkakan sumbangan tambahan sebanyak RM6.5 juta dapat dikekalkan selepas mengambil kira proses pemulihan ekonomi yang tidak seimbang di pasaran Asia Teggara untuk 3QFY22.

 

"Operasi di Filipina dijangka perlahan dengan 322 unit kenderaan terjual pada 1QCY22, jauh berbanding 700 unit untuk suku tahun sebelum pandemik," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, permintaan terhadap produk kumpulan kekal tinggi dengan tempahan tertunggak melepasi paras 5,000 unit berbanding 3,800 unit pada Mac 2022 dengan pelanggan memanfaatkan peluang pengecualian cukai jualan.

 

Selain meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pasaran, firma itu juga tidak menolak kemungkinan BAuto akan menyerap cukai jualan untuk penghantaran selepas berakhirnya tempoh pengecualian cukai jualan Jun ini.

 

"Strategi itu berfungsi dengan baik untuk BAuto selepas berakhirnya tempoh pengecualian cukai 2018, memberikan gambaran jelas terhadap jualan kumpulan manakala kos tambahan diimbangi dengan perbelanjaan periklanan dan promosi yang lebih rendah," katanya. - DagangNews.com