AmInvestment kekal saranan 'pegang' terhadap Maybank, FV RM9.50 | DagangNews Skip to main content

AmInvestment kekal saranan 'pegang' terhadap Maybank, FV RM9.50

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Nov - AmInvestment Bank Research mengekalkan saranan 'pegang' terhadap Malayan Banking (Maybank) dengan harga wajar (FV) RM9.50 sesaham.

 

Firma penyelidikan itu tidak membuat perubahan pada unjuran kerana pendapatan kumpulan itu kerana pendapatan teras bagi (MFY23 sebanyak RM7 bilion adalah di dalam jangkaan, menyumbang 75.8% daripada anggaran dan 75% daripada unjuran konsensus.

 

Katanya, dari bulan ke bulan bank itu mencatatkan keuntungan bersih yang lemah sebanyak RM2.36bil pada 3QFY23. 

 

"Pendapatan operasi bersih lebih lemah disebabkan oleh penurunan dalam pendapatan faedah bersih daripada kos pendanaan yang lebih tinggi.

 

"Selain itu, pendapatan bukan faedah (NOII) lebih lemah pada suku itu juga disebabkan kerugian ketara kepada pasaran yang tidak direalisasikan pada derivatif walaupun yuran teras meningkat pada suku tersebut. 

 

"Bagaimanapun, keadaan itu diimbangi sebahagiannya oleh perbelanjaan operasi dan peruntukan yang lebih rendah," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: Pendapatan operasi bersih Maybank merosot 5.2% kepada RM6.75 bilion pada 3QFY23

 

Kemerosotan itu diheret oleh penurunan pendapatan berasaskan dana bersih sebanyak 9% kepada RM4.81 bilion pada suku berakhir 30 September 2023 itu, berbanding RM5.29 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

 

Ini menyebabkan margin faedah bersih (NIM) menyusut pada suku dalam tinjauan disebabkan persaingan pendanaan yang berterusan.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pada 3QFY23, NIM susut sebanyak 5bps kepada 2.09% disebabkan oleh kos pembiayaan yang lebih tinggi. 

 

Ia ditunjangi oleh margin faedah yang lebih rendah di Malaysia dan Singapura.

 

Bagi 9M2FY23, NIM menguncup sebanyak 25bps kepada 2.14%, disebabkan oleh kos dana yang lebih tinggi di semua pasaran tempatan. - DagangNews.com