AmInvestment unjur margin keuntungan segmen perkhidmatan medan minyak Deleum kembali pulih secara berperingkat | DagangNews Skip to main content

AmInvestment unjur margin keuntungan segmen perkhidmatan medan minyak Deleum kembali pulih secara berperingkat

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Mac - AmInvestment Bank Research mengunjurkan margin keuntungan segmen perkhidmatan medan minyak (OFS) Deleum Berhad akan kembali pulih secara berperingkat pada suku tahun akan datang disokong normalisasi operasi.

 

Firma itu berkata, walaupun mencatatkan kadar penggunaan yang memberangsangkan, segmen itu dilihat hampir tidak berjaya untuk balik modal pada FY22 kerana perbelanjaan operasi yang lebih tinggi.

 

Katanya, kos operasi yang tinggi itu disebabkan naik taraf dan penyelenggaraan peralatan slickline yang lebih tinggi daripada biasa.

 

Firma itu berkata, pada akhir 4QFY22, tempahan tertunggak dari suku ke suku agak stabil pada RM396 juta dan tender pada RM393 juta.

 

Kumpulan itu meramalkan aktiviti minyak dan gas yang teguh serta perbelanjaan modal yang lebih tinggi daripada Petronas untuk menyokong kadar penambahan kerjanya.

 

"Kumpulan itu juga mempunyai beberapa rancangan untuk pengambilalihan bagi memacu pertumbuhan pendapatan.

 

"Walaupun tiadk jelas, kami mendapati bahawa ia sedang dalam proses memuktamadkan tawaran untuk memperoleh tiga syarikat perkhidmatan minyak dan gas dalam beberapa bulan akan datang," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, baki tunai bersih kumpulan itu pada 4QFY22 adalah sebanyak RM166 juta sudah mewakili 42% daripada had pasaran semasanya.

 

Katanya, berdasarkan trajektori pendapatan kumpulan, dianggarkan bahawa baki tunainya akan hampir menyaingi had pasaran semasanya menjelang akhir FY25.

 

Firma itu saranan 'beli' pada harga wajar (FV) RM1.26 sesaham. - DagangNews.com