Aoikumo catat pertumbuhan 229% dengan sistem Estetika Perubatannya, meskipun berdepan ekonomi mencabar | DagangNews Skip to main content

Aoikumo catat pertumbuhan 229% dengan sistem Estetika Perubatannya, meskipun berdepan ekonomi mencabar

(Dari Kiri ke Kanan) Daniel Yap, Kevin Nair dan Zhin Shun mempamerkan produk Aoikumo mereka.

 

PETALING JAYA 23 Nov – Kemajuan teknologi, ditambah dengan pemikiran ke hadapan pastinya mendorong Aoikumo melepasi senario suram akibat pandemik COVID-19, membolehkannya mencapai pertumbuhan 229% antara tahun 2019 dan 2020.

 

Pengasas dan Ketua Teknikal Aoikumo, Kevin Nair berkata, bagi tahun ini, pertumbuhan syarikat berlegar sekitar 30% tetapi pertumbuhan dijangkakan sekurang-kurangnya 50%, memandangkan keadaan semasa di Malaysia, serta rantau Asia Tenggara.

 

Sistem berasaskan awan sepenuhnya pertama diperkenalkan ke pasaran pada awal tahun 2018 dan popular dalam industri kecantikan dan estetika.

 

Penyelesaian ini digunakan oleh beberapa jenama terkemuka di rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

 

Dalam tempoh enam bulan yang lalu terdapat lonjakan pertambahan pelanggan dalam sektor estetika perubatan yang menjadikan jumlah penggunanya kepada 2,300, setakat ini.

 

Menurut beliau, Aoikumo boleh digunakan melalui lawan web dan aplikasi di mana ia membolehkan para pengguna memperoleh data outlet melalui mana-mana peranti pada setiap masa.

 

Pada masa yang sama kami memastikan sistem ini adalah selamat, stabil, mantap dan data disulitkan menggunakan teknologi Microsoft Azure dengan skor perjanjian aras khidmat (SLA) pada kadar 99.9%.

 

"Kami telah melancarkan aplikasi tempahan pelanggan kami yang dipanggil MeTIME Wellness yang boleh dimuat turun dari stor aplikasi.

 

''Aplikasi ini dibina khas untuk semua pelanggan pengguna kami yang membolehkan mereka membuat tempahan dalam talian, melihat sejarah akaun, promosi dan sebagainya. Tidak lama lagi mereka juga boleh membuat pembelian melalui aplikasi dan mengumpul mata ganjaran juga," katanya dalam kenyataan di sini.

 

Mengulas mengenai kemas kini sistem, Nair berkata “Aoikumo kini merangkumi ciri Ubat dan Preskripsi, bersama-sama dengan laporan yang berkaitan dengan keperluan Kementerian Kesihatan. Modul Nota Kes Doktor (Doctor Case Notes) juga telah diberi pembaharuan  untuk menjadikannya lebih mantap dan mesra.

 

 

Pertumbuhan Aoikumo melonjak 229% dengan sistem Estetika Perubatannya, meskipun berdepan persekitaran ekonomi yang mencabar

 

 

``Satu lagi aplikasi yang dinamakan kumoSan telah dikeluarkan pada awal tahun ini bagi membantu pengguna kami merakam waktu masuk dan keluar pekerja mereka di samping itu, memberikan penyelesaian kepada pekerja untuk menguruskan janji temu, komisen dan tugasan dengan lebih sempurna,'' kata Kevin.

 

Kini kumoSan diintergrasikan dengan MeTIME Wellness juga, jadi apabila pelanggan menempah perkhidmatan melalui MeTIME Wellness, pekerja akan menerima pemberitahuan tempahan secara langsung di aplikasi kumoSan mereka, membolehkan mereka mengesahkan, menolak atau menjadualkan semula tempahan.”

 

Namun ia tidak terhenti di situ. Baru-baru ini, pasukan Aoikumo juga telah mengeluarkan produk baharu yang memenuhi keperluan untuk industri klinik pergigian yang dinamakan kumoDent (www.kumodent.com).

 

Dihoskan di platform tunggal yang sama, perubahan teknikal yang besar telah dibuat untuk memastikan ia mematuhi aliran amalan klinik pergigian dan pada masa yang sama tidak mengganggu pengguna dalam lingkungan bidang kecantikan dan Estetika.

 

Mengakui kadar pertumbuhan yang perlahan susulan pandemik COVID-19, Aoikumo masih menjangkakan pertumbuhan kepada sekurang-kurangnya 4,000 pengguna menjelang akhir tahun ini.

 

Ia telah memantapkan pasukan jualannya dan meningkatkan bajet pemasaran untuk mencapainya. Sasaran ini adalah sesuatu yang boleh dicapai, Nair berkata, dengan pelancaran kumoDent dan MeTIME Wellness.

 

"Pandemik ini telah mendorong lebih banyak perniagaan beralih ke arah pendigitalan. Walaupun kadar penerimaan di kalangan klinik agak perlahan, semakin banyak klinik estetika dan pergigian mencari sistem yang sesuai untuk digunakan.

 

"Banyak sistem menjenamakan versinya sebagai awan sepenuhnya tetapi kebanyakannya tidak. Kami menyediakan penyelesaian awan sepenuhnya bersama perkongsian jangka panjang untuk memastikan sistem kekal relevan dalam perniagaan walaupun pada masa akan datang.

 

"Daripada menguruskan operasi harian yang boleh dilakukan secara automatik, kami mahu perniagaan memberi tumpuan kepada pengembangan perniagaan mereka, untuk memanfaatkan produk dan kepakaran kami sebagai pemaju perisian," kata Nair.

 

Beliau mengulangi bahawa pasukannya sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan, platform dan aplikasi tersebut mengikut perubahan pasaran dan keperluan dalam usaha untuk kekal relevan.

 

Sistem berasaskan awan sepenuhnya Aoikumo boleh diakses dari mana-mana lokasi dengan internet – yang merupakan aspek penting ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali dikuatkuasakan pada bulan Mac 2020. Pengguna boleh mengakses platform Aoikumo dari rumah.

 

"Pada tahun lalu, kami mengeluarkan ciri Webstore kami yang membolehkan peniaga menjual perkhidmatan mereka secara dalam talian. Kami juga memperkenalkan ciri Teleperubatan (Telehealth) kami yang membolehkan peniaga membuat panggilan video secara langsung dengan pesakit atau pelanggan mereka.

 

"Untuk tahun depan, kami sedang mengusahakan modul integrasi yang menghubungkan dengan kebanyakan laman web membeli-belah di Malaysia. Ini seharusnya dapat mengurangkan kesan kerugian terhadap pendapatan untuk kedai fizikal. Lebih banyak lagi yang akan datang dalam masa terdekat ini," tambah Nair.

 

Aoikumo adalah penerima geran CIP oleh Cradle Fund pada tahun 2017. Pertumbuhan firma ini melebihi 100% dan baru-baru ini memperoleh CIP IGNITE (ii) – satu program pembiayaan yang menyediakan geran dan bantuan nilai tambah.

 

Aoikumo baru-baru ini telah diiktiraf sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi (TSP) di bawah inisiatif Geran Pendigitalan Perniagaan PKS SME (Malaysian government’s SME Business Digitalisation Grant initiative, MDeC) kerajaan Malaysia dan Penyedia Perkhidmatan Digital (Digital Service Provider, DSP) di bawah inisiatif kerajaan negeri  Selangor (SIDeC).

 

Ini bermakna pelanggan baru Aoikumo dan kumoDent akan dapat menikmati geran padanan sebanyak 50% sehingga RM5,000. Maklumat lanjut mengenai  Aoikumo  dan  kumoDent  (untuk industri klinik pergigian) boleh didapati di  www.aoikumo.com  dan  www.kumodent.com. – DagangNews.com