Aplikasi BIMB Investment raih anugerah Best Fintech Robo Mobile Application | DagangNews Skip to main content

Aplikasi BIMB Investment raih anugerah Best Fintech Robo Mobile Application

 

 


KUALA LUMPUR 3 Sept. – BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment) memenangi anugerah Best Fintech Robo Mobile Application di The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2021 menerusi aplikasi Best Invest.

 

Aplikasi ini yang dilancarkan pada 26 Mac 2020 adalah pelaburan robo-pintar unit amanah Shariah-ESG pertama oleh BIMB Investment.

 

The Asset Triple A Islamic Finance Awards merupakan anugerah berprestij industri dalam salah satu bidang kewangan global khusus yang paling pantas berkembang dan berpotensi. 

 

Anugerah tersebut mengiktiraf bank-bank dan institusi Islam, menggunakan pendekatan yang telus dalam
memilih institusi dan urus niaga Islam terbaik dari pelbagai negara. Majlis penganugerahan tersebut akan berlangsung secara maya pada 15 September ini.

 

Pengerusi BIMB Investment, Mohamed Ridza Mohamed Abdulla berkata, aplikasi BEST Invest membantu para pelabur secara digital untuk membina sebuah portfolio pelaburan yang optimum dengan menggunakan data dan analisis. 

 

"Matlamat kami adalah untuk menjadikan pelaburan ringkas dan mudah, serta mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk melabur pada usia muda," katanya dalam kenyataan hari ini. 

 

The Asset Triple A Islamic Finance Awards merupakan anugerah berprestij industri dalam salah satu bidang kewangan global khusus yang paling pantas berkembang dan berpotensi. 

 

Anugerah tersebut mengiktiraf bank-bank dan institusi Islam, menggunakan pendekatan yang telus dalam
memilih institusi dan urus niaga Islam terbaik dari pelbagai negara. 

 

Majlis penganugerahan tersebut akan diadakan secara maya pada 15 September ini.

 

Best Invest merupakan platform pelaburan yang secara sistematik menilai profil risiko pelabur dan tujuan pelaburan mereka, seterusnya memperuntukkan pelaburan melalui dana unit amanah pelbagai yang diuruskan oleh BIMB Investment secara automatik untuk memaksimumkan pulangan dan menguruskan risiko pelaburan dari semasa ke semasa.

 

Aplikasi ini memberi peluang kepada pelabur untuk memulakan pelaburan sama ada dengan memilih fungsi 'Do it for Me' atau fungsi 'Do it Yourself'.

 

Fungsi 'Do it for Me' membolehkan sistem Robo-Pintar mengenal pasti dan memilih dana serta jumlah pelaburan yang sesuai berdasarkan profil risiko pelabur. 

 

Sebagai alternatif, fungsi 'Do It Yourself' membolehkan para pelabur memilih dana yang ingin mereka laburkan tanpa bantuan sistem Robo-Pintar untuk pengalaman yang lebih bersifat peribadi.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi berkata, sehingga kini, mereka mempunyai kira-kira 35,000 jumlah pendaftaran dengan jumlah jualan hampir 20 juta. 

 

Aplikasi ini menawarkan dana unit amanah syariah dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) di seluruh kelas aset yang merangkumi ekuiti global, ekuiti Asia Pasifik, ekuiti Malaysia, sukuk global, pasaran wang dan dana unit amanah wakaf yang baru dilancarkannya. 

 

BIMB Investment adalah Pengurus Aset Islam disokong bank yang menandatangani Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPRI). - DagangNews.com