ATPC lancar produk makanan tambahan versi baharu, sasar jual 5,000 unit menjelang akhir 2024 | DagangNews Skip to main content

ATPC lancar produk makanan tambahan versi baharu, sasar jual 5,000 unit menjelang akhir 2024

(Dari kiri):Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Global ATPC, Prof Datuk Seri Dr How Kok Choong dan Presiden Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan ASL, Dr. Fernando Cortizo.
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 23 Sept - AGAPE ATP Corporation (ATPC), melalui anak syarikat milik penuhnya, AGAPE Superior Living Sdn Bhd (ASL) memperkenalkan versi baharu produk makanan tambahannya, ATP2 serta menyasar untuk menjual 5,000 unit menjelang akhir tahun. 

 

Menurut syarikat itu, ATP2 telah ditambah baik dengan perkembangan saintifik termaju untuk menangani cabaran kesihatan utama termasuk penuaan, metabolisma dan pengurusan penyakit kronik.

 

"Formula tersebut mengintegrasikan gabungan bahan termaju yang merangkumi enzim berasaskan tumbuhan, 76 mineral penting dan 20 asid amino, semuanya berfungsi secara sinergi dengan bahan terasnya, hidrogen asetat, komponen unik bagi meningkatkan metabolisme , mengurangkan keradangan, dan membantu dalam membalikkan kesan penuaan.

 

"Ramuan tambahan berfungsi dengan lebih berkesan untuk meningkatkan kesihatan selular, mengawal selia fungsi badan utama dan menyokong daya hidup jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 

Presiden Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan ASL, Dr. Fernando Cortizo berkata, ATP2 direka untuk menangani pelbagai masalah kesihatan, formulasi uniknya menyokong peningkatan pengeluaran tenaga dengan meningkatkan tahap Nicotinamide Adenine Dinucleotide (NADH+) dalam badan. 

 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Global ATPC, Prof Datuk Seri Dr How Kok Choong menjelaskan peranan ATP2 dalam menguruskan tekanan darah dan paras gula dalam darah, menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan meningkatkan flora usus.

 

"Ciri-ciri anti-penuaan produk datang daripada keupayaannya untuk meningkatkan pembaikan selular, mengurangkan tekanan oksidatif, dan menstabilkan fungsi genom, membantu pengguna mengekalkan keadaan muda, bertenaga apabila mereka semakin tua.

 

“Produk ini merupakan pencapaian utama untuk ATPC, ia mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap inovasi dalam kesihatan.

 

"Dengan keupayaannya untuk meningkatkan metabolisme, mengurus keadaan kronik dan menyokong anti-penuaan, ATP2 menonjol sebagai penyelesaian transformatif untuk sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kesihatan keseluruhan mereka," katanya. 

 

Produk tersebut dikilangkan di Malaysia bagi memastikan kawalan kualiti tertinggi, manakala formulasinya menggabungkan teknologi termaju dari Australia, Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun. 

 

"Dengan membawa pengeluaran lebih dekat ke rumah, ATPC boleh memastikan bekalan ATP2 yang stabil untuk memenuhi permintaan pengguna sambil mengekalkan standard kualiti yang unggul.

 

"Produk kami juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari PBB (UNSDG),khususnya dalam kesihatan dan kesejahteraan, ATP2 akan menawarkan rumusan  yang disokong secara saintifik serta menjadi peneraju dalam rumusan kesihatan yang mampan dan inovatif," ujar ATPC. - DagangNews.com