KUALA LUMPUR 23 Sept - Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) menyifatkan sasaran defisit fiskal Malaysia sebanyak 3% menjelang 2026 adalah “kekal mencabar tetapi boleh dicapai”.
Katanya, negara boleh meningkatkan defisit fiskalnya dengan menyasarkan metrik perbezaan kadar faedah pertumbuhan ekonomi (perbezaan) sekurang-kurangnya 0.9 sambil mengekalkan pertumbuhan hutang di bawah 8% setiap tahun.
Agensi penarafan itu berkata pertumbuhan ekonomi relatif dengan kos faedah sebagai metrik boleh menawarkan penilaian alternatif bagi kemampanan fiskal, berbanding nisbah defisit fiskal dan hutang konvensional.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7417783585899351303.jpg?itok=Tb2UxB6B","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7417783585899351303?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
“Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran perbezaan berdasarkan unjuran semasa yang memberangsangkan.
“Bagaimanapun, usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi kekal penting untuk menambah baik perbezaan dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
MARC menekankan pertunjuk yang diterajui hutang konvensional mungkin menghasilkan analisis yang terhad, justeru dengan meluaskan skop dan menginovasi metrik yang digunakan, pandangan yang lebih komprehensif mengenai kesihatan fiskal Malaysia boleh dicapai.
Pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi relatif dengan kos peminjaman akan membawa kepada pengurangan hutang yang pasif, yang akan menurunkan nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara semula jadi, kata agensi itu.
Bemula 2014 hingga 2023, purata perbezaan pertumbuhan kadar faedah Malaysia adalah positif pada 0.2%.
Namun, pada 2023, perbezaan tersebut bertukar negatif (-0.2%) disebabkan pertumbuhan ekonomi domestik yang lebih rendah daripada jangkaan.
Bagaimanapun, Malaysia masih mencatat prestasi yang lebih baik berbanding banyak ekonomi maju (-1.8%), pasaran baharu muncul (-1.9%) dan negara-negara ASEAN (-0.3%).
MARC juga menekankan kepentingan untuk mempertimbangkan aset luar jangka, yang sering diabaikan dalam penilaian fiskal kerana aset-aset ini boleh memainkan peranan penting dalam menstabilkan ekonomi apabila diperlukan, sekali gus memberikan perspektif fiskal yang lebih seimbang.
Agensi itu juga membangkitkan kebimbangan mengenai peningkatan obligasi pencen, yang mencecah RM22.5 bilion pada 2023 dan dijangka meningkat kepada RM25 bilion menjelang 2024.
Walaupun saiz dana pencen dianggarkan RM169.8 bilion pada 2022, menjana pendapatan pelaburan sebanyak RM6 bilion, tetapi dana itu masih tidak mencukupi untuk menampung bayaran pencen yang semakin meningkat.
"Bagi menangani tekanan fiskal ini, kerajaan telah memperkenalkan pembaharuan termasuk mendaftarkankakitangan sektor awam baharu ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bukannya skim pencen tradisional.
"Langkah-langkah tambahan seperti meningkatkan umur persaraan dan menambah caruman pekerja boleh meningkatkan lagi dana sara diri dan meredakan tekanan fiskal bagi jangka masa panjang," tambahnya.- DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/utuI835hGoc.jpg?itok=UP55mhYQ","video_url":"https://youtu.be/utuI835hGoc","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}