Armada Sterling 5 dijangka beri sumbangan kepada Bumi Armada bermula 2QFY24, kata Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Armada Sterling 5 dijangka beri sumbangan kepada Bumi Armada bermula 2QFY24, kata Kenanga Research

Armada Sterling 5 - Gambar ihsan Oil & Gas World
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Jan - Kenanga Research mengunjurkan unit penyimpanan dan pemunggahan pengeluaran terapung (FPSO) Amada Sterling 5 hanya akan mula memberikan sumbangan hasil bermula pada 2QFY24.

 

Katanya, kumpulan itu dijadual mengeluarkan minyak pertama menjelang November 2023 tetapi tarikh sebenar adalah lewat daripada jangkaan.

Firma penyelidikan itu menjangkakan bahawa Bumi Armada dan rakan kongsi projeknya akan memuktamadkan penerimaan akhir daripada pelanggan menjelang akhir 1QFY24.

 

Bagaimanapun, kumpulan itu masih belum memberikan tarikh khusus untuk penerimaan akhir aset pada ketika ini.

 

"Bagaimanapun, andaian pendapatan kami kekal konservatif, tanpa sumbangan daripada FPSO Sterling 5 pada 4QFY23 dan 1QFY24.

 

"Dalam unjuran FY24, kami mengandaikan sumbangan sebanyak 4.5% daripada Armada Sterling 5 kepada jumlah asas pendapatan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Kenanga Research menyukai Bumi Armada kerana kedudukan penggearan bersih yang lebih baik sebanyak 0.7x pada FY22 berbanding 1.5x pada FY21 dan keterlihatan pendapatan jangka panjang daripada pesanan yang besar melebihi RM20 bilion termasuk potensi lanjutan kontrak.

 

Ia juga memihak kepada potensi syarikat untuk pertumbuhan jangka panjang di sebalik pelbagai potensi peluang FPSO dan LNG.

 

"Bagaimanapun, selepas pemulihan Kraken, pendapatan kumpulan akan mendatar jika tiada sebarang projek baharu.

 

"Kami mengekalkan saranan 'market perform' dengan sasaran 58 sen sesaham," katanya.- DagangNews.com