Artroniq, StoreHub bekerjasama bantu proses transformasi digital 15,000 peruncit F&B | DagangNews Skip to main content

Artroniq, StoreHub bekerjasama bantu proses transformasi digital 15,000 peruncit F&B

KUALA LUMPUR 14 Mac - Artroniq Innovation Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama dengan StoreHub Sdn. Bhd. bagi menyediakan kepelbagaian saluran penyelesaian runcit serta makanan dan Minuman (F&B) bagi membantu lebih 15,000 peniaga runcit di seluruh negara dalam usaha memudahkan proses transformasi digital dalam sektor itu.

   

Kerjasama itu diwujudkan atas keperntingan bersama bagi membantu industri runcit F&B dan menyokong transformasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan Artroniq akan menyediakan jaminan perkakasan serta logistik manakala StoreHub akan menyediakan ekosistem perisian, sokongan jaminan perkakasan tempat jualan (POS) dan khdimat latihan.

 

Penyelesaian POS yang digunakan kedua-dua syarikat bersedia untuk memberikan pengalaman baharu untuk rangkaian runcit F&B dalam membantu mereka mencapai kecekapan operasi.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Artroniq Berhad, Leong Seng Kin berkata, pihaknya sangat teruja teruja untuk memulakan perkongsian ini dengan StoreHub untuk mengubah industri runcit F&B tempatan. 

 

"Kami berharap dapat membantu PKS ini mempertingkatkan strategi, proses dan infrastruktur perniagaan mereka supaya semua ini sejajar dengan peningkatan kualiti perkhidmatan pelanggan.

 

"Menerusi penyelesaian bersepadu, perniagaan akan dapat berkembang menerusi proses digital yang seterusnya memberi manfaat kepada pengguna akhir dengan memberikan kemudahan yang lebih baik semasa mereka membuat pembelian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Dalam era digital ini, industri runcit F&B memerlukan sistem yang cepat, tepat dan lancar yang disepadukan dengan ciri pembayaran POS.

 

Artroniq dan StoreHub juga bercita-cita untuk membangunkan program yang memberi kesan untuk perniagaan, yang boleh memperkasakan perniagaan dalam perjalanan untuk meningkatkan keupayaan infrastruktur teknologi digital mereka, kehadiran dalam talian dan memperoleh bahagian di dalam pasaran. - DagangNews.com