Astaka anugerahkan kontrak RM150 juta kepada Kimlun untuk projek Mount Austin, Johor Bahru | DagangNews Skip to main content

Astaka anugerahkan kontrak RM150 juta kepada Kimlun untuk projek Mount Austin, Johor Bahru

Dari kiri, Shanmugapathy; Jeffrey Ang; Allen Khong; Chin Lian Hing dan Tan Nan Jian pada majlis pecah tanah projek Aliva di Mount Austin, Johor Bharu pada 18 April 2024.
Oleh Mohamad Iman

JOHOR BAHRU 18 April – Astaka Holdings Limited (SGX:42S), pemaju hartanah bersepadu berpangkalan di Johor,  mengumumkan penganugerahan kontrak pembinaan bernilai RM150 juta kepada Kimlun Sdn Bhd (Kimlun).

 

Kimlun, sebuah syarikat milik penuh firma tersenarai di Bursa Malaysia, Kimlun Corporation Berhad, merupakan sebuah kumpulan kejuruteraan dan pembinaan terkemuka di Malaysia dengan rekod prestasi lebih daripada 200 projek yang telah diselesaikan dan pengalaman yang meluas dalam pembangunan hartanah serta infrastruktur berskala besar.

 

Kimlun akan mengambil peranan sebagai kontraktor utama bagi Aliva.

 

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan RM254 juta, Aliva akan mempunyai jumlah keseluruhan 499 unit dengan keluasan binaan yang berkisar dari 595 kps hingga 1,075 kps dan terletak secara strategik untuk menarik segmen pasaran premium di Mount Austin, sebuah perbandaran yang menarik di Johor Bahru.

 

Pembangunan ini dirancang untuk disiapkan pada suku keempat tahun 2026 (Q4 2026).

 

Astaka mengadakan majlis pecah tanah yang menyaksikan permulaan pembinaan Aliva dengan kehadiran pihak berkepentingan serta rakan-rakan projek utama, hari ini.

 

Yang turut hadir ialah Timbalan Pengarah Projek Astaka Padu. Shanmugapathy; Rakan Kongsi Usahasama Aliva En Jeffrey Ang dan Tan Nan Jian.

 

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Astaka, Allen Khong berkata, penganugerahan kontrak menandakan kesinambungan kepada perkongsian yang cemerlang dengan Kimlun, rekod prestasi mereka yang terbukti dalam penyampaian projek berkualiti tinggi sepenuhnya dengan visi syarikat untuk Aliva.

 

 

Allen Khong
                                           Allen Khong

 

 

Syarikat usahasama 40% milik Kimlun, JBB Kimlun Sdn Bhd, merupakan kontraktor utama bagi projek Menara MBJB, sebuah menara pejabat kelas A 15 tingkat yang direka dan dibangunkan oleh Astaka untuk Majlis Bandaraya Johor Bahru.

 

Projek tersebut telah disiapkan dan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 1 Januari 2020, setahun lebih awal daripada jadual yang dirancang.

 

"Kami berharap untuk mengeratkan hubungan kerja kami dan menyiapkan satu lagi projek ikonik bersama-sama. Kami yakin bahawa perkongsian ini akan membawa kepada pembangunan yang melebihi jangkaan dan memberikan sumbangan yang signifikan kepada pasaran hartanah di Johor Bahru," kata Chin Lian Hing, Pengarah Eksekutif Kimlun.

 

Sejak pelancaran komersial Aliva pada Disember 2023, projek itu telah mencapai kadar tempahan yang luar biasa sebanyak 70%.

 

"Sambutan daripada pembeli Malaysia sangat positif, khususnya melihat Aliva sebagai pilihan yang hebat untuk kehidupan seharian, sebagai rumah kedua, atau sebagai pelaburan," kata Allen Khong.

 

"Selain itu, dengan pembinaan Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura (RTS) berjalan dengan lancar, kami melihat lebih banyak pembeli antarabangsa, terutamanya dari Singapura, secara aktif mencari hartanah di Malaysia sebagai rumah kedua atau pelaburan.

 

"Berdasarkan ini, kami telah berjaya memohon kepada Kerajaan Negeri Johor untuk mengurangkan ambang minimum untuk pembelian hartanah oleh orang asing bermula iaitu dari RM500,000 Kami mengharapkan faktor-faktor ini akan lebih mempercepatkan kadar pengambilan untuk Aliva. - DagangNews.com