ATC 2020 tampilkan 5 perkongsian teknologi 'Masa hadapan' | DagangNews Skip to main content

ATC 2020 tampilkan 5 perkongsian teknologi 'Masa hadapan'

ATC 2020

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Persidangan Teknologi Global Altair 2020 (ATC 2020) bakal menampilkan lima sesi perkongsian atau ucaptama bertemakan 'Masa hadapan' dalam aspek teknologi berbeza.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Altair, James Scape berkata, kesemua sesi perkongsian tersebut akan disampaikan oleh individu yang berpengaruh dalam dunia digital.

"ATC 2020 yang akan diadakan pada 5 hingga 7 Oktober nanti menjadi medan penyatuan untuk perkongsian berkaitan pembangunan digital serta inovasi perindustrian.

"Ia juga akan menjadi medium untuk meneruskan pembangunan penyelesaian bagi industri teknologi yang kian canggih menghubungkan seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tema 'Masa Hadapan' yang akan diketengahkan dalam perkongsian dan ucaptama ATC 2020 adalah seperti berikut;

  • The Future of AI is Empathetic : oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Affectiva, Rana el Kaliouby
  • The Future of Robotics : oleh Pengasas dan CTO Zyrobotics, Ayanna Howard
  • The Future of Engineering Education: oleh Dekan Sekolah Kejuruteraan dan Sains Gunaan Yayasan Fu, Universiti Columbia, Mary Boyce
  • The Future of Engineering Technology : oleh Pengarah Institut Kejuruteraan dan Sains Komputer Oden, Universiti of Taxez di Austin, Prof. Karen Willcox
  • The Future of Deep Learning : oleh Profesor Kejuruteraan Mekanikal dan Sains Data, Universiti Columbia, Hod Lipson

 

Tambah beliau, sejak dijalankan 12 tahun lalu, ATC menjadi persidangan pembelajaran utama bagi meneroka idea dan penyelesaian yang lebih pantas berkaitan teknologi.

"Kami alu-alukan pemain industri, eksekutif, penganalisis, pelabur, jurutera, saintis dan lain-lain lagi untuk turut sama dalam persidangan tersebut.

"Dengan cara itu, ia dapat menjadi inspirasi bersama untuk membantuk masa hadapan yang lebih baik," ujarnya lagi.

ATC 2020 yang dilangsungkan secara percuma itu juga turut mengetengahkan aspek perubahan kritikal yang memberi kesan dominan kepada dunia termasuk kesihatan, mobiliti, artifial intelligence dan lain-lain lagi. - DagangNews.com