Awas! Scammer guna nama `Pengerusi MCMC' | DagangNews Skip to main content

Awas! Scammer guna nama `Pengerusi MCMC'

CYBERJAYA 26 Ogos - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengesan individu tertentu yang menggunakan nama Pengerusi MCMC menerusi alamat e-mel mencurigakan untuk melakukan urusan pemerolehan dan pembayaran kepada vendor antarabangsa.

 

Intipati e-mel, yang menggunakan nama Pengerusi MCMC, antara lain mengandungi arahan kepada Ketua Jabatan Kewangan dan Akaun Suruhanjaya berhubung urusan pemerolehan dan pembayaran yang dimaksudkan.

 

''Bagaimanapun, hasil penelitian yang dijalankan mendapati, e-mel itu tidak pernah dikeluarkan oleh Pengerusi MCMC. Perlu ditegaskan di sini bahawa alamat e-mel rasmi bagi kakitangan MCMC berakhir dengan nama domain mcmc.gov.my dan bukannya nama domain lain.

 

''Pada masa yang sama, sebarang urusan rasmi Suruhanjaya akan dimaklumkan secara telus dan terbuka dan bukannya melalui kandungan e-mel sebegini,'' kata suruhanjaya itu dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Oleh itu, MCMC mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan kewujudan e-mel yang mencurigakan menggunakan nama seseorang pemimpin organisasi kerana ia berkemungkinan besar satu taktik penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

 

Sekiranya tidak pasti mengenai kesahihan kandungan e-mel sebegini, hubungilah pihak berkuasa untuk pengesahan selanjutnya. - DagangNews.com