KUALA LUMPUR 23 Dis - AWC Bhd. memperoleh kontrak dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyediakan perkhidmatan sokongan hospital di Institut Kesihatan Negara.
Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, ia berkata, surat penerimaan (LOA) kontrak itu diperoleh anak syarikat milik penuhnya, Ambang Wira Sdn. Bhd.
Katanya, kontrak itu adalah selama 5 tahun bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026.
"Yuran bagi perkhidmatan untuk tempoh kontrak ini berjumlah RM106.04 juta," katanya.
Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan AWC Group sepanjang tempoh kontrak. - DagangNews.com