Azlin Arshad bersara sebagai ahli lembaga pengarah Nestle Malaysia | DagangNews Skip to main content

Azlin Arshad bersara sebagai ahli lembaga pengarah Nestle Malaysia

KUALA LUMPUR 27 April - Nestle Malaysia Bhd mengumumkan persaraan Datin Seri Azlin Arshad daripada lembaga pengarah kumpulan itu.

 

Beliau bersara sebagai pengarah bukan eksekutif bebas berkuat kuasa 26 April 2023, menurut makluman pengeluar makanan dan minuman itu di Bursa Malaysia.

 

Azlin, 49, dilantik ke lembaga pengarah Nestle pada Mei 2020.

 

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai timbalan pengerusi di Syarikat Takaful Keluarga Malaysia Bhd, naib presiden kanan Astro Malaysia Holdings Bhd dan timbalan ketua pegawai eksekutif ECM Libra Financial Group Bhd.

 

Pada hari Selasa, Nestle Malaysia melaporkan penyusutan 3.9% dalam keuntungan bersih suku pertamanya kepada RM197.15 juta, daripada RM205.18 juta setahun sebelumnya, dalam keadaan harga komoditi yang lebih tinggi dan kadar tukaran mata wang asing yang tidak menggalakkan.

 

Hasil bagi suku berakhir 31 Mac 2023 meningkat 8.8% kepada RM1.84 bilion, daripada RM1.69 bilion sebelumnya, hasil jualan domestik dan eksport yang bertambah baik.

 

Nestle Malaysia adalah yang paling rugi di Bursa Malaysia pada hari Rabu, ditutup 50 sen atau 0.37% lebih rendah pada RM136. Ini menjadikan kumpulan itu bernilai RM31.89 bilion. - DagangNews.com