AZRB terima kontrak bernilai RM122.5 juta daripada JKR bagi projek pembinaan jalan pintasan Cameron Highlands | DagangNews Skip to main content

AZRB terima kontrak bernilai RM122.5 juta daripada JKR bagi projek pembinaan jalan pintasan Cameron Highlands

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 Jun - Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) terima kontrak bernilai RM122.5 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk projek pembinaan jalan pintasan Cameron Highlands.

 

Projek itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan dari bulatan McDonald’s ke persimpangan Brinchang / Time Tunnel (FT59) dan membina one way loop di Kea Farm, Cameron Highlands. 

 

"Tempoh kontrak itu adalah selama 42 bulan bermula 15 Jun 2023," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan.

 

Tiada pengarah dan emegang saham utama AZRB atau mana-mana orang yang berkaitan mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung di dalam kontrak itu.

 

"Lembaga Pengarah AZRB berpendapat bahawa kontrak adalah demi kepentingan terbaik syarikat," katanya. - DagangNews.com