Bahagian pengilangan Kim Loong diramal pamer prestasi cemerlang pada FY25 didorong caj pemprosesan lebih tinggi | DagangNews Skip to main content

Bahagian pengilangan Kim Loong diramal pamer prestasi cemerlang pada FY25 didorong caj pemprosesan lebih tinggi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Bahagian pengilangan Kim Loong Resources Bhd diramal menunjukkan prestasi cemerlang pada FY25 disokong caj pemprosesan yang lebih tinggi serta pentauliahan penuh loji biogas Telupid 1.5MW.

 

AmInvestment Bank Research berkata, pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) bahagian pengilangan kumpulan itu meningkat 78.4% dari tahun ke tahun kepada RM38.7 juta pada 1QFY25. 

 

"Kami percaya bahawa caj pemprosesan pengilangan telah meningkat kepada RM80/tan daripada julat RM50/tan kepada RM75/tan.

 

"Disebabkan pematuhan dan kos diesel yang lebih tinggi, kumpulan itu dan pengilang lain di Semenanjung Malaysia telah menaikkan caj pemprosesan mereka," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu juga merancang untuk membina kilang kelapa sawit di Sarawa pada masa hadapan kerana 15% atau 2,449 hektar daripada kawasan tanaman kumpulan berada di negeri itu.

 

Mereka menjangkakan kilang kelapa sawit denga kapasiti 60 tan sejam akan menelan belanja sekitar RM80 juta.

 

"Selain itu, kami percaya terdapat peluang pelaburan di Sabah.

 

"Berdasarkan urus niaga pasaran, kami mengira bahawa harga ladang kelapa sawit utama di Sabah adalah antara RM80,000/hektar hingga RM100,000/hejtar. 

 

"Bank tanah dengan potensi pembangunan hartanah menguasai lebih daripada RM100,000/hektar," katanya.

 

AmInvestment berkata, untuk bahagian perladangan, mereka mengandaikan pertumbuhan keluaran buah tandan segar (BTS) sebanyak 4.5% untuk FY25F dengan peningkatan perlahan pengeluaran BTS pada FY25 boleh dikaitkan dengan penanaman semula 1,000 hektar pokok kelapa sawit yang sudah tua.

 

Selain itu, mereka difahamkan bahawa tiada isu besar dengan cuaca di Johor. Walaupun di Sabah kering, ia tidak menjadi masalah lagi.

 

"Kami berpendapat andaian pertumbuhan BTS FY25 kami sebanyak 4.5% adalah cukup konservatif dengan mengambil kira kesan cuaca basah di Sarawak buat masa ini," katanya.- DagangNews.com