Bajet 2022 : RM25 juta lindungi kebajikan anak-anak mangsa COVID-19 | DagangNews Skip to main content

Bajet 2022 : RM25 juta lindungi kebajikan anak-anak mangsa COVID-19

 

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 29 Okt. -  Kerajaan menyediakan sebanyak RM25 juta ringgit kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi memimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19.

 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lebih 4,700 anak-anak terjejas sejak wabak COVID-19 

 

"Sebagai Keluarga Malaysia, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan masa depan anak-anak ini terus terjaga.

 

"Sebagai tambahan, kerajaan juga menyeru semua pihak khususnya sektor korporat untuk sama menyumbang demi kebajikan anak-anak ini," katanya pada pembentangan Bajet 2022 di sini hari ini. 

 

Tambahnya, kerajaan turut menggesa semua pihak tidak kira NGO, komuniti setempat, pemimpin tempatan malah syarikat korporat untuk memainkan peranan bagi memastikan kebajikan anak-anak ini terus terpelihara.

 

"Ini supaya semua dapat hidup bersama sebagai satu keluarga tanpa terpisah dan dapat membina masa hadapan yang cerah," katanya. -DagangNews.Com