Bank Digital Jangan Pinggirkan Golongan B40 | DagangNews Skip to main content

Bank Digital Jangan Pinggirkan Golongan B40

Oleh SYAMSYUL SAMSUDIN

TEKA-teki siapakah yang akan mendapat lesen bank digital di Malaysia daripada 29 permohonan lesen bank digital telah terjawab.

 

Minggu lalu, setelah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan 5 konsortium yang diberi mandat sebagai pengendali bank digital pertama di Malaysia.

 

Dalam kenyataan terdahulu BNM telah mengumumkan 3 pertama yang berjaya mendapat lesen bank digital ialah konsortium Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Bhd, konsortium yang diterajui oleh GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd dan konsortium yang diterajui Sea Limited dan YTL Digital Capital. Ketiga-tiga konsortium ini akan  dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK).

 

Bagi 2 lagi penerima lessen bank digital ini yang dilesenkan   di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI) pula diterima oleh konsortium AEON Financial Service Co Ltd, AEON Credit Service (M) Bhd & MoneyLion dan konsortium yang diterajui oleh KAF Investmgikutent Bank Sdn Bhd.

 

Seksyen 10 (1) APK dan APKI

Kesemua 29 permohonan yang diterima telah dinilai secara menyeluruh mengikut seksyen 10 (1) APK dan APKI1 yang menghendaki bank pusat mengambil kira semua faktor dalam Jadual 5 Akta-akta berkenaan dan keperluan dasar lain yang berkaitan.

 

Kriteria penilaian bagi menilai kesemua permohonan bank digital ini merangkumi kewibawaan dan integriti pemohon, bentuk dan kecukupan sumber kewangan, kekukuhan dan kebolehlaksanaan pelan perniagaan serta teknologi serta keupayaan untuk menangani jurang rangkuman kewangan secara berkesan.

 

Faktor- faktor yang dipertimbangkan ketika menilai permohonan kepada semua permohonan dan 5 yang berjaya mendapatkan lesen digital ini termasuklah:

 

  1. Kewibawaan dan integriti permohonan
  2. Tidak menjejaskan bakal pendeposit atau orang ramai secara amnya
  3. Kemantapan dan kebolehlaksanaan pelan
  4. Bentuk dan kecukupan sumber kewangan
  5. Rekod prestasi dan pengalaman perniagaan
  6. Perniagaan akan dikendalikan secara bertanggungjawab
  7. Mengutamakan kepentingan Malaysia dari segi kesan terhadap kegiatan ekonomi Malaysia, sumbangan terhadap jalinan perdagangan dan pelaburan, kesan terhadap kestabilan kewangan Malaysia serta penyertaan warga Malaysia dalam sektor kewangan.
  8. Ciri, skala dan aktiviti kumpulan korporat yang tidak akan menghalang pengawalan dan penyeliaan yang berkesan
  9. Akta (APKI) perniagaan tidak akan melibatkan apa-apa elemen yang bercanggah dengan Syariah dan mempunyai rangka kerja tadbir urus yang mantap.

 

 

parafrasa

 


Apa peranan dan fungsi bank digital?

Masih ramai rakyat Malaysia yang masih keliru dengan bank digital ini. Adakah peranan fungsinya sama macam bank sedia ada?

 

Bank digital memiliki fungsi dan peranan yang hampir sama dengan bank tradisional sedia ada. Bank digital juga akan menawarkan perkhidmatan seperti deposit wang, pengeluaran, pemindahan, menyemak atau menyimpan pengurusan akaun, pengurusan pinjaman, membayar bil atau invois dan lain-lain lagi.

 

Bank digital kelihatan seperti perkhidmatan online banking dan mudah alih kerana membolehkan perkhidmatan perbankan dapat diakses di mana sahaja dengan menggunakan telefon pintar atau peranti elektronik masing-masing.

 

Artificial Intelligent (AI) dalam operasi bank digital

Bank digital menerapkan teknologi seperti system kecerdasan buatan (Artificial Intelligent, AI) dan penggunaan pelbagai Application Programming Interface (API) atau bentuk algoritma prediktif lain bersama dengan analisis data raya dalam operasinya.

 

Selain itu, bank digital akan melaksanakan penilaian alternatif risiko kredit bagi membolehkan inklusif kewangan yang lebih baik dan mempunyai kelebihan kos operasi rendah memandangkan kurangnya intervensi manusia.

 

Bank digital dengan lebih mudah berbanding bank tradisional kerana ia melibatkan proses perbankan tanpa kertas atau dokumen. Setiap bukti pengenalan diri, pekerjaan dan alamat yang dimuat naik di dalam bank digital akan disahkan dengan mudah dan cepat.

 

Pelanggan bank juga dapat mengakses akaun masing-masing setiap hari dan melakukan semua jenis transaksi dan “mengawal” urusan kewangan sendiri.

 

 

parafrasa

 

 

Adakah bank digital akan bantu golongan B40?

Daripada 5 konsortium yang mendapat lesen digital ini, 4 daripadanya adalah konsortium bukan milik bumiputera tetapi sebaliknya konglomerat  besar yang memiliki rangkaian perniagaan luar negara.

 

Jika diperhalusi matlamat  utama bank digital ini adalah menyediakan khidmat kepada golongan yang tercicir dan tertinggal oleh bank konvensional sedia ada.

 

Apa yang merisaukan dan  dikhuatiri, konsortium besar yang mendapatkan lesen bank digital ini tidak memainkan peranannya sebaik mungkin dalam membantu golongan yang tertinggal dan tercicir ini.

 

Boleh ke konsortium besar ini “membantu” peniaga pasar malam, peniaga jalanan, peniaga IKS dan lain-lain perniagaan berskala kecil demi kelangsungan perniagaan mereka?

 

Bukan agenda keuntungan korporat semata-mata

Apa yang diharapkan  agar kesemua  konsortium yang mendapat lesen bank digital ini tidak meletakkan keuntungan korporat semata-mata.

 

Seperti yang kita tahu, dalam dunia kini, permintaan semua perkhidmatan secara digital amat tinggi dan pastinya akan memberi kelebihan kepada bank digital ini. Janganlah melihat peluang ini sebagai peluang untuk “mengaut dan merebut” keuntungan semata- mata tanpa memikirkan tanggungjawab untuk membantu rakyat.

 

 

parafrasa

 

 

Ancaman kepada bank konvensional

Melihat dari mata kasar, bank digital ini akan mengancam bank konvensional kerana kos operasi yang rendah dan tekanan keuntungan akan mengancam kedudukan bank konvensional sedia ada.

 

Namun begitu, dari sudut pandang berbeza, dengan adanya bank digital ini akan membawa persaingan yang baik dan sihat kepada bank tradisional sedia ada. Pastinya bank tradisional sedia ada perlu melakukan transformasi digital untuk memastikan peranan dan fungsi mereka kekal relevan selari dengan perkembangan teknologi terkini.

 

Sebagai contoh di China dan Korea, selepas pelaksanaan  bank digital, trajektori pertumbuhan deposit dan pinjaman dan margin faedah bersih tetap bank konvensional kekal kukuh.

 

Senario di China dan Korea ini, memperlihatkan bank digital bukan ancaman utama kepada bank tradisional  dan ia boleh beroperasi bersama secara harmoni dan baik, Namun di Malaysia, bagaimana keadaannya, kita belum tahu lagi

 

Kawal selia oleh BNM

Setelah memberi lesen bank digital ini, BNM perlu melakukan  pengawalan dan penyeliaan  dalam  rangkuman risiko dan tahap tindak balas dasar  yang ditetapkan,

 

Ia penting bagi n meningkatkan daya tahan dan kemampanan jangka panjang bank digital dari segi kewangan dan operasi. Apa yang perlu diberi perhatian ialah  dengan memberikan tumpuan pada ujian tekanan dan simulasi krisis serta pengurusan risiko teknologi memandangkan perkhidmatan kewangan beralih daripada ruang fizikal kepada platform maya.


 

parafrasa

 


Masa depan bank digital di Malaysia

Data dan statistik menunjukkan  lonjakan besar perkhidmatan perbankan digital  dari 64% pada 2017 ke 93% pada 2021.

 

Selain itu, di peringkat global hampir 250 bank digital telah ditubuhkan di seluruh dunia pada akhir tahun 2020.  Daripada jumlah tersebut, 50 bank digital berpangkalan di rantau Asia Pasifik.

 

Ini mencerminkan penerimaan masyarakat terhadap penerimaan bank digital ini yang akan membawa perkembangan yang baik bank digital untuk jangka masa akan panjang. - DagangNews.com

 

 

Syamsyul Samsudin adalah Pensyarah Kanan (Kewangan dan Pelaburan) Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor