KUALA LUMPUR 12 Julai - Sektor perbankan dan institusi kewangan di negara ini diingatkan supaya sentiasa mengikut ketetapan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengiktiraf aduan mengenai wang pelanggan yang dikeluarkan tanpa pengakuan mereka.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata kementerian telah menerima beberapa aduan mengenai pegawai bank yang tidak mengambil tindakan sewajarnya atau menyiasat wang dikeluarkan tanpa pengakuan oleh pemegang akaun bank walaupun pihak bank telah mererima aduan.
"Sesetengah kes sedang dikendalikan oleh Kementerian Kewangan, tetapi ia hanya peratusan rendah dan masih terkawal, kami akan menyiasat kes tertentu," ujar beliau.
Pada Jumaat lepas, Lim merasmikan Operasi Jejak dan Pemulihan (TRO) 2.0 (Pengisytiharan Tanpa Bayaran) Siri 2/2024 yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin.
Semasa majlis itu, Lim menegaskan pelaksanaan SOP juga akan diperketatkan memandangkan semua langkah sudah sedia ada dan disenaraikan, namun beberapa bank masih enggan mengikutinya.
"SOP dan pengumuman seperti ini bukanlah perkara baharu. Apabila pelanggan mengadu mengenai wang mereka dikeluarkan secara haram, pihak bank perlu menyiasat sewajarnya."
"Jika boleh dibuktikan bahawa ia bukan kecuaian pelanggan dan semua langkah dan prosedur telah dipatuhi maka pihak bank perlu bertanggungjawab," ujar beliau.
Lim nasihatkan pemegang akaun bank supaya membiasakan diri memeriksa akaun.
Beliau berkata, "Sekiranya perkara sebegini masih berlaku atau rasa tidak puas hati dengan hasil siasatan pihak bank, pelanggan boleh mengadu kepada Ombudsman Perkhidmatan Kewangan atau terus kepada Bank Negara Malaysia," tambahnya.
Sementara itu, beliau berkata majlis TRO 2.0 (Pengisytiharan Tanpa Bayaran) merupakan pelaksanaan operasi bersepadu khas simbolik bakal dijalankan oleh Jabatan Kastam di Kuala Lumpur, Selangor, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dari 14 hingga 19 Julai.
Lim berkata objektif utama TRO 2.0 (Pengisytiharan Tanpa Bayaran) adalah untuk meningkatkan kutipan hasil dan tahap pematuhan pendaftar terhadap Akta Cukai Jualan 2018, Akta Cukai Perkhidmatan 2018, dan Akta Cukai Pelancongan 2017.
“Ia bagi memudahkan malah menjana kutipan cukai, dan setakat awal tahun ini, Jabatan Kastam telah mencapai lebih RM30 bilion kutipan daripada cukai tidak langsung.
"Dengan trend kutipan semasa, kami percaya Jabatan Kastam boleh mencapai unjuran ditetapkan oleh MOF, iaitu RM50 bilion," kata Lim. - DagangNews.com