Bank Muamalat hulur bantuan kepada mangsa banjir di Johor | DagangNews Skip to main content

Bank Muamalat hulur bantuan kepada mangsa banjir di Johor

Bank Muamalat menyerahkan bantuan kepada 100 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS sekitar Johor iaitu di PPS Dewan Raya Kampung Makam, PPS SK Laksamana, Kota Kecil dan PPS SK Tun Dr Syed Nasir.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 11 Jan - Bank Muamalat Malaysia Berhad menghulurkan kit bantuan makanan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku di Johor.

 

Bantuan banjir itu diserahkan oleh Pengurus Wilayah Selatan Bank Muamalat, Mohd Zamri Pardi kepada 100 keluarga yang ditempatkan di tiga Pusat Penempatan Sementara (PPS) sekitar Johor iaitu di PPS Dewan Raya Kampung Makam, PPS SK Laksamana, Kota Kecil dan PPS SK Tun Dr Syed Nasir.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, misi bantuan banjir tersebut merupakan salah satu inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bank Muamalat.

 

"Sebagai sebuah institusi kewangan Islam, Bank Muamalat sentiasa prihatin dan proaktif untuk menghulurkan bantuan serta sumbangan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan dan membantu komuniti yang terjejas selari dengan komitmen kami dalam membina ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’ komuniti.

 

"Penganjuran CSR bagi membantu mangsa banjir ini juga sejajar dengan seruan kerajaan untuk menggalakkan sektor awam dan sektor swasta bekerjasama bagi meringankan beban kewangan dan emosi yang perlu dipikul oleh komuniti terjejas pasca bencana," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

 

bank muamalat

 

 

bank muamalat

 

 

bank muamalat

 

 

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500, atau kunjungi cawangan Bank Muamalat yang berhampiran. - DagangNews.com