Bank Pembangunan Asia kekalkan ramalan KDNK Malaysia 6.5% pada 2021 | DagangNews Skip to main content

Bank Pembangunan Asia kekalkan ramalan KDNK Malaysia 6.5% pada 2021

Malaysia

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Bank Pembangunan Asia (ADB) mengekalkan ramalan Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 6.5% pada tahun 2021.

ADB berkata, pihaknya turut menurunkan kadar pertumbuhan bagi tahun 2020 kepada -5% berbanding -4% pada sebelumnya.

"Ekonomi akan terus terjejas akibat daripada wabak yang memberi kesan kepada tahap penggunaan, eksport dan pelaburan.

"Langkah-langkah pencegahan virus seperti sekatan perjalanan dan perniagaan turut memberi kesan kepada perbelanjaan isi rumah," kata ABD dalam laporan kemaskini Asian Development Outlook (ADO) 2020 yang dikeluarkan hari ini.

Tambah ADB, sekatan perjalanan yang telah dilonggarkan sejak Jun telah memberi kesan positif kepada prestasi separuh kedua 2020 dengan peningkatan permintaan terhadap perdagangan runcit dan borong pada bulan berkenaan.

KDNK Malaysia menyusut 8.3% tahun ke tahun pada separuh pertama 2020 berbanding pertumbuhan 4.7% pada tempoh sama tahun lalu.

Ekonomi tumbuh 0.7% pada suku pertama 2020, namun menyusut kepada 17.1% pada suku kedua 2020.

Tambah ADB, sektor pertanian juga perlu menunjukkan peningkatan pengeluaran dalam masa terdekat.

"Hasil dan pengeluaran minyak sawit perlu menunjukkan peningkatan. 

"Manakala sektor pembuatan akan berdepan dengan permintaan yang tinggi di dalam dan luar negara.

"Dengan situasi kelonggaran sekarang, beberapa syarikat telah mula beroperasi dan pembuatan telah mula meningkat dengan tinggi," tambah ADB lagi. - DagangNews.com