Bantu SC cari Harani Kamarudin | DagangNews Skip to main content

Bantu SC cari Harani Kamarudin

oleh ANIS FARHANAH MALEK

KUALA LUMPUR 8 Jun - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memohon maklumat daripada orang ramai untuk mengesan bekas perunding unit amanah, Harani Kamarudin. 

 

Ini susulan Harani disyaki melakukan beberapa salah laku berkaitan pelaburan unit amanah, menurut SC.

 

BERITA TERKINI 2 SEPT 2022: SC denda bekas perunding unit amanah RM2 juta kerana tipu pelabur

 

“Pendaftaran Harani, 37, dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) telah dibatalkan pada 27 November 2020, dan dia pernah berkhidmat dengan Eastspring Investments Berhad sebagai perunding unit amanah,” jelas SC dalam satu kenyataan.

 

Harani sedang dikesan, berkaitan pelanggaran undang-undang sekuriti di bawah Seksyen 354 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), yang dibaca bersama dengan Perenggan 3.3.7 (a) dan 3.1.12 (d) Kod Etika dan Peraturan FIMM Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah).

 

SC meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Harani untuk melaporkan kepada suruhanjaya itu dengan menghubungi talian 03-6204 8000 atau 012 381 2497 atau e-mel kepada aduan@seccom.com.my.

 

Alamat kediaman Harani yang terakhir diketahui adalah seperti berikut : 

 

i) No. 78-9 Jalan Melati Ria, Taman Melati 3, Jalan Junid, 84000 Muar, Johor

 

ii) No. 36, Jalan BTP 713 Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor

 

iii) 17-11-06, Danau Impian Condo, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web SC di www.sc.com.my/regulation/enforcement/have-you-seen-these-people. - DagangNews.com