KUALA LUMPUR 8 Mac - CGS-CIMB Research menjangkakan British American Tobacco Berhad (BAT) akan 'tewas' kepada pemain industri vape seandainya Kementerian Kesihatan tidak membentangkan undang-udang baharu berkaitan tembakau tahun ini.
Firma penyelidikan itu berkata, akta berkenaan mempunyai rangka kerja untuk produk vape dan rokok elektronik namun kelewatan pengenalan undang-undang baharu dilihat akan memberi impak kepada BAT.
BAT berharap cadangan rang undang-undang berkaitan tembakau yang dicadangkan membolehkan mereka menghasolkan produk yang kurang berbahaya seperti vape namun masih lagi menyalahi Akta Racun 1952.
"Bagaimanapun kelewatan pembentangan rang undang-undang ituakan memberi kesan kepada perokok yang kini semakin terkesan dengan kenaikan harga barang dan beralih kepada vape.
"Kami merasakan peningkatan jualan pada FY2020 dan FY2021 bukan satu kebetulan sebaliknya berlaku kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan rakyat Malaysia ramai kehilangan pekerjaan dan ada yang menggunakan simpanan mereka untuk membeli barangan lain seperti rokok kerana tiada aktiviti lain boleh dilakukan," katanya dalam satu nota kajian hari ini.
Firma penyelidikan menyuarakan kebimbangan mereka terhadap rang undang-undang yang bakal dibentangkan sekiranya semua pihak masih kekal dengan pendirian masing-masing.
"Antara itu utama terhadap akta itu adalah Kementerian Kewangan menetapkan duti eksais untuk cecair dan gel vape sebanyak RM1.50 bagi setiap mililiter (ml) dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengedar yang terdiri dari kalangan peniaga Bumiputera.
"Duti eksais yang ditetapkan itu adalah lebih tinggi bebanding harga jualan runcit pada ketika ini," katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'kurang' terhadap saham-saham BAT dengan sasaran RM10.53 selepas mengambil kira rangka kerja kawal selia yang tidak kondusif. - DagangNews.com