KUALA LUMPUR 13 Dis - Batik Air sedang meningkatkan penerbangan tambahan ke Kuching dan Kota Kinabalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memenuhi permintaan lebih tinggi untuk cuti Krismas dan Tahun Baharu akan datang.
Ia susulan permintaan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, syarikat penerbangan itu telah menambah 21 penerbangan tambahan setiap hari dari 22 Disember 2022 hingga 3 Januari 2023 antara KLIA dan Kuching, KLIA serta Kota Kinabalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Kapt. Mushafiz Mustafa Bakri berkata, Batik Air akan menambah 21 penerbangan tambahan untuk minggu-minggu akan datang.
Beliau berkata, Batik Air juga merancang untuk menambah kapasiti bagi musim perayaan Tahun Baru Cina ke Kuching, Kota Kinabalu dan tempat-tempat lain bagi memenuhi permintaan yang lebih besar.
"Kami menggesa pelancong untuk merancang awal dengan tempahan mereka dan memanfaatkan penerbangan tambahan yang tersedia sekarang untuk tempahan melalui batikair.com.my atau melalui ejen pelancongan pilihan anda," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Batik Air boleh diikuti melalui platform media sosial di Facebook, Instagram dan Twitter. - DagangNews.com