Beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia 'bergelap' selepas terputus bekalan elektrik | DagangNews Skip to main content

Beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia 'bergelap' selepas terputus bekalan elektrik

Pusat beli-belah Suria KLCC bergelap selepas terputus bekalan elektrik pada 27 Julai 2022. (Foto: Twitter/@mwnkenobi)
oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Julai - Beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia terputus bekalan elektrik selepas dilanda hujan lebat.

 

Antara kawasan terjejas termasuk di Lembah Klang termasuk Petaling Jaya, Shah Alam, Cheras, Bandar Sunway dan Wangsa Maju.

 

Selain Lembah Klang terdapat juga kawasan di luar yang terputus bekalan elektrik antaranya beberapa tempat di Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang.

 

Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 juga terkesan akibat terputus bekalan elektrik itu selain itu ia tururt menjejaskan perkhidmatan di beberapa hospital awam.

 

Pada masa sama, warga net di Kuantan, Seremban, Manjung, Ipoh Nilai dan Sungai Petani untuk memberitahu mengenai masalah bekalan eletrik di kawasan kediaman mereka.

 

Ramai yang mempersoalkan sama ada gangguan bekalan elektrik itu menjejaskan seluruh negara selain tururt menyuarakan kebimbangan terhadap kejadian luar biasa itu.

 

Pengguna Twitter @Justmineen menghantar aduan kepada RapidKL selepas kereta api yang dinaikinya tersekat akibat gangguan, walaupun kereta api di laluan Cheras kembali beroperasi selepas 25 minit.

 

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengakui bahawa terdapat beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sedang mengalami gangguan elektrik sejak 12.39 tengah hari melibatkan 2.2GW yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan. 

 

Antara kawasan terlibat katanya adalah Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas,  Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota.

 

"Bagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang.

 

"Punca kejadian sedang dikenal pasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. Kami juga memohon maaf atas segela kesulitan yang dialami oleh penggguna semasa gangguan ini," katanya. - DagangNews.com