Bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang kembali normal | DagangNews Skip to main content

Bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang kembali normal

PULAU PINANG 3 Okt - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang kembali normal sepenuhnya jam 3:19 pagi tadi.

 

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid berkata, hasil siasatan mendapati kerosakan kabel di KM138 menyebabkan bekalan elektrik terputus di jambatan dan plaza tol pada hari Jumaat.

 

''Namun, kabel ini telah berjaya dibaiki dan operasi kembali normal sepenuhnya. Keselamatan pelanggan adalah keutamaan No.1 kami dan kami akan melakukan segala yang perlu bagi memastikan keselesaan di sepanjang perjalanan anda," katanya dalam kenyataan di sini.

 

Untuk maklumat terkini mengenai keadaan trafik, pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk mengikuti Twitter PLUS Trafik atau melalui Aplikasi PLUS. - DagangNews.com