Bekas Ketua Polis Negara diumum sebagai pengerusi Hiap Tech Venture Berhad | DagangNews Skip to main content

Bekas Ketua Polis Negara diumum sebagai pengerusi Hiap Tech Venture Berhad

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 23 Mac - Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun diumumkan sebagai pengerusi bukan eksekutif baharu Hiap Teck Venture Bhd, berkuat kuasa 30 Mac ini.

 

Mohamad Fuzi, 64, menggantikan Tan Sri Abd Rahman Mamat, yang bersara daripada lembaga pembuat keluli pada 16 Disember 2022.

 

Mohamad Fuzi juga kini pengerusi Jaya Tiasa Holdings Bhd, Tropicana Corp Bhd dan SIAB Holdings Bhd serta pengarah bebas bukan eksekutif Ancom Nylex Bhd.

 

Beliau berkhidmat dalam pasukan polis selama 35 tahun dan bersara pada Mei 2019, kata Hiap Teck dalam makluman di Bursa Malaysia.

 

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
                 Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

 


Saham dalam Hiap Teck Venture pagi ini dibuka tidak berubah pada 30 sen, memberikan kumpulan itu permodalan pasaran sebanyak RM533.06 juta.

 

Sebelum ini, HLIB Research berkata permintaan yang kurang memberangsangkan bagi produk keluli boleh dikaitkan dengan aktiviti pembinaan yang lebih perlahan semasa bulan Tahun Baharu Cina dan musim hujan.

 

“Kami menjangkakan momentum pemulihan pendapatan Hiap Teck Venture akan meningkat lagi daripada separuh kedua kewangan 2023 (FY23), disokong oleh aktiviti pembinaan yang lebih tinggi secara bermusim di dalam negara dan pelaksanaan pelan rangsangan di China.”

 

Dalam jangka panjang, firma penyelidikan itu menjangkakan pertumbuhan pendapatan Hiap Teck Venture dipacu oleh rancangan pengembangan di unit milik 27.3% miliknya, Eastern Steel Sdn Bhd (ESSB). - DagangNews.com