BELANJAWAN 2021 : PenjanaKerjaya sedia peruntukan RM2 bilion | DagangNews Skip to main content

BELANJAWAN 2021 : PenjanaKerjaya sedia peruntukan RM2 bilion

 

 

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Mulai tahun hadapan, kerajaan akan melaksanakan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) melibatkan penyediaan 500,000 peluang pekerjaan baharu. 

Ini termasuk pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula melalui perbelanjaan kerajaan sebanyak RM3.7 bilion. 

Kerajaan juga akan meneruskan inisiatif pengambilan pekerja di bawah Perkeso yang kini dikenali sebagai PenjanaKerjaya dengan beberapa penambahbaikan:

Pertama : Insentif untuk pekerja bergaji RM1,500 ke atas akan dinaikkan daripada kadar rata RM800 sebulan, kepada 40% daripada gaji bulanan, terhad kepada insentif maksimum RM4,000 sebulan

Kedua : Bagi menggalakkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU, penganggur jangka panjang dan pekerja yang diberhentikan, majikan akan diberi  insentif tambahan sebanyak 20%, menjadikan keseluruhan insentif majikan berjumlah 60%

Ketiga : Bagi sektor dengan kebergantungan tinggi kepada pekerja asing seperti pembinaan dan perladangan, insentif khas sebanyak 60% daripada gaji bulanan disediakan dengan 40% disalurkan terus kepada majikan dan 20% kepada pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing.

Ketiga-tiga perkara ini, insentif diberikan untuk tempoh enam bulan

Keempat : Bagi mereka yang telah diambil bekerja di bawah PenjanaKerjaya, kos maksimum program latihan yang layak dituntut majikan dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM7,000 bagi menjalani program kemahiran tinggi atau sijil profesional.

Bagi menjayakan keempat-empat inisiatif PenjanaKerjaya ini, sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan dijangka dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada 250,000 pencari kerja. - DagangNews.com