Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Strategi keempat yang mengutamakan agenda keterangkuman ditekankan selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Agenda tersebut menjadi keutamaan ke arah pembangunan yang holistik.
Melalui langkah pertama dalam strategi berkenaan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memutuskan untuk menambah dana dalam menyokong pembangunan Bumiputera bagi mengurangkan ketidaksamarataan antara kaum.
Jelasnya, dana tersebut akan ditambah sebanyak RM3.1 bilion berbanding tahun sebelumnya.
"Kerajaan akan meneruskan usaha untuk menyokong pembangunan Bumiputera bagi mengurangkan ketidaksamarataan antara kaum.
"Bagi tahun 2021, sejumlah RM11.1 bilion disediakan, iaitu tambahan RM3.1 bilion berbanding tahun sebelum ini," jelasnya beliau dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021 hari ini. - DagangNews.com