Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Penularan wabak COVID-19 jelas memberi tekanan kepada emosi dan perasaan orang ramai.
Sepanjang tempoh itu, kerajaan telah menerima maklum balas bahawa masalah mental adalah antara isu serius yang dihadapi oleh masyarakat.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Talian Sokongan Psikososial Kementerian Kesihatan telah menerima lebih 35 ribu panggilan telefon sejak Mac hingga Oktober 2020.
"Antara masalah yang diajukan adalah berkaitan dengan tekanan perasaan, kegelisahan dan kemurungan.
"Maka, peruntukan RM24 juta ringgit disediakan bagi menangani isu ini.
"Peruntukan itu adalah termasuk melalui pengukuhan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan serta Penyalahgunaan Substans," jelasnya dalam pembentangan pembentangan Belanjawan 2021 hari ini. - DagangNews.com