BELANJAWAN 2021: RM28 bilion untuk subsidi, bantuan & insentif | DagangNews Skip to main content

BELANJAWAN 2021: RM28 bilion untuk subsidi, bantuan & insentif

BELANJAWAN 2021

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Dalam merangka Belanjawan 2021 untuk meringankan beban kewangan rakyat semasa tempoh krisis wabak COVID-19, kerajaan turut menyentuh aspek peruntukan dana bagi subsidi, bantuan dan insentif.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dalam aspek berkenaan, kerajaan menyediakan satu peruntukan besar untuk meringankan beban hidup rakyat.

"Bagi tahun 2021, kerajaan menyediakan hampir RM28 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif. 

"Antaranya ialah bantuan pengangkutan dan kebajikan serta subsidi bagi mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan," jelas beliau dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021 hari ini. - DagangNews.com