Belanjawan 2024: Kerajaan tawar rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik | DagangNews Skip to main content

Belanjawan 2024: Kerajaan tawar rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Okt - Kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah dengan pemberian rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli.

 

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan terus melonjak pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan dan menggalakkan penerimaan rakyat terhadap penggunaan EV.

 

"Kerajaan mengalu-alukan pelaburan melebihi RM170 juta oleh syarikat terkemuka seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), Gentari dan Tesla Malaysia untuk memasang 180 stesen pengecasan EV.

 

"Bagi menyokong keperluan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Prasarana Malaysia bersetuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan membina tiga depoh bas dengan kos RM600 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

 

 

anwar

 

 

Tambah Anwar, kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh empat tahun dan potongan cukai bagi kos sewaan EV untuk tempoh dua tahun lagi. - DagangNews.com