Benarkan penjual kereta baharu & terpakai beroperasi - FMCCAM | DagangNews Skip to main content

Benarkan penjual kereta baharu & terpakai beroperasi - FMCCAM

kereta terpakai

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 14 Julai - Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) merayu agar kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membenarkan peniaga kenderaan baharu dan terpakai membuka galeri jualan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

 

Presidennya, Datuk Tony Khor berkata, pihaknya kecewa kerana masih tidak dibenarkan beroperasi meskipun JPJ dan Puspakom yang berkaitan dengan perniagaannya sudah kembali beroperasi seperti biasa.

 

"4,500 ahli kami mencatatkan sifar perniagaan bulan lalu dan ini pastinya memberi kesan buruk kepada kehidupan kami.

 

"Sekiranya kami tidak diizinkan untuk membuka perniagaan semasa PPN, kami bimbang ramai ahli kami yang mungkin tidak dapat bertahan melalui tempoh sukar ini," katanya dalam satu kenyataan.

 

Tony Khor
Tony Khor.

 

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, perniagaan kereta baharu dan terpakai tidaklah seperti industri lain kerana memerlukan lawatan orang ramai ke galeri jualan.

 

Secara kebiasaannya, pembeli kereta yang berminat akan datang ke galeri jualan bersama ahli keluarga tanpa melalui pihak ketiga.

 

Susulan itu, beliau memberitahu, pihaknya mencadangkan agar industri berkenaan dibenarkan beroperasi berdasarkan ketetapan berikut dalam tempoh PPN;

 

  1. Waktu operasi perniagaan dari jam 8.00 pagi - 4.00 petang
  2. 60% pekerja dibenarkan 

 

 

"Kami berharap dengan persetujuan ini, kami dapat menghantar kakitangan jualan dan pemandu kami ke JPJ dan Puspakom untuk menjalankan kerja yang diperlukan sekali gus menyelesaikan urusan transaksi kami.

 

"Kami sangat berharap agar Menteri segera mengkaji dan memberi jawapan kepada rayuan ini," katanya lagi. - DagangNews.com