Ben's Independent Grocer buka cawangan ke-6 di Pearl Shopping Gallery | DagangNews Skip to main content

Ben's Independent Grocer buka cawangan ke-6 di Pearl Shopping Gallery

Ben's Independent Grocer terletak di Pearl Shopping Gallery, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 16 Jan - Pasar raya makanan gourmet, Ben's Independent Grocer (B.I.G) membuka cawangan keenam mereka di Pearl Shopping Gallery, Jalan Klang Lama di sini. 

 

Pengarah Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor, Ivan Tan berkata, B.I.G merupakan pusat sehenti untuk penggemar makanan sejak 2011. 

 

Katanya, sekian lama sejak B.I.G membuka cawangan baharu dengan pasar raya terakhir muncul pada 2019 di Mall of Medini, Johor, iaitu sebelum pandemik melanda.

 

"Kami gembira dengan perkembangan baharu pasar raya B.I.G dan berbesar hati diberi pengiktirafan ini oleh Pearl Shopping Gallery untuk meningkatkan lagi cita rasa penduduk di Jalan Klang Lama. 

 

"B.I.G menawarkan lebih daripada barangan asas harian dan ini adalah tempat untuk pelanggan bijak mendapatkan pelbagai pilihan makanan gourmet di pasar raya kami," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Aikbee, Datuk Seri Tan Aik Kiong pula berkata, pihaknya gembira kerana Ben's Independent Grocer membuka pintunya di Pearl Shopping Gallery. 

 

"Memandangkan visi pusat membeli-belah kami adalah untuk menyediakan bukan sahaja ruang untuk beriadah buat komuniti kami tetapi juga sebagai pusat membeli-belah yang berorientasikan keluarga. 

 

 

big
Datuk Seri Tan Aik Kiong (empat, kiri) dan Ivan Tan ketika perasmian pembukaan cawangan ke-6 Ben's Independent Grocer di Pearl Shopping Gallery, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

 

 

"Kami percaya bahawa pembukaan Ben's Independent Grocer di Pearl Shopping Gallery akan membawa pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan kepada pelanggan kami," katanya.

 

Menurut kenyataan itu, pasar raya baharu ini berkeluasan lebih 15,000 kaki persegi dan terdiri daripada pasar raya dengan pelbagai jenis hasil tempatan berkualiti tinggi, makanan dan minuman gourmet antarabangsa.

 

 

big

 

 

big

 

 

Katanya, ia juga menawarkan pelbagai juadah unik buatan tangan dengan suasana yang sesuai untuk sarapan pagi atau minum kopi sepanjang hari kerana dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 10 malam.

 

"B.I.G Pearl Shopping Gallery menawarkan tawaran pembukaan istimewa untuk masa terhad seperti diskaun RM10 dengan setiap pembelian minimum RM100 dalam satu resit dari 11 Januari hingga 2 Februari 2024," katanya.

 

 

big

 

 

big

 

 

Selain itu, katanya, pelanggan akan diberikan beg goodie percuma kepada 50 pelanggan pertama pada hari tersebut dengan pembelian minimum RM150 dalam satu resit dari 11 hingga 14 Januari 2024, sementara stok masih ada. - DagangNews.com