Berakhirnya era Jurgen Klopp yang gemilang | DagangNews Skip to main content

Berakhirnya era Jurgen Klopp yang gemilang

Oleh Muhamad Addin Burhanuddin

"I don't stop when I'm tired. I only stop when I'm done." Ini adalah pesanan azimat pelakon terkenal Marilyn Monroe yang popular di seluruh dunia.

 

Mungkin pesanan ini menjadi antara punca pengumuman  perletakan jawatan pengurus terbaik Liverpool FC sepanjang zaman, Jurgen Norbett Klopp pada hujung musim ini.

 

Pengumuman tersebut amat mengejutkan ramai pihak kerana kerana Jurgen Klopp telah membawa Liverpool menjadi antara kelab bola sepak yang terbaik di dunia dan menghadiahkan tujuh piala sepanjang lebih 8 tahun berada di Liverpool.

 

Bukan itu sahaja, beberapa staf kejurulatihan juga antara yang terbaik di dunia mengumumkan akan meninggalkan kelab. Antaranya seperti penolong pengurus Pep Ljinders dan Peter Krawietz, serta jurulatih pembangunan elit Vitor Matos.

 

“Saya faham bahawa ini adalah suatu yang mengejutkan buat sesetengah pihak kerana anda mendengarnya buat kali pertama, tetapi saya akan memberikan penjelasan atau sekurang-kurangnya cuba untuk menjelaskan kepada anda mengenai keputusan ini.

 

"Sudah pastinya semua yang ada di kelab ini menyenangkan saya dan membuatkan saya sayang. Saya gembira untuk berada di bandar ini, mencintai semua para penyokong dan kakitangan kelab ini. Namun, saya percaya bahawa ini adalah keputusan yang terbaik perlu saya ambil,” katanya.

 

 

parafrasa

 

 

Difahamkan, Klopp yang mengambil keputusan meninggalkan kelab Liverpool tersebut adalah disebabkan mahu berehat seketika.

 

“Saya boleh mengatakan bahawa saya sudah kehabisan tenaga. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah. Saya tahu bahawa saya tidak boleh melakukan kerja itu lagi dan lagi dan lagi dan lagi."

 

Pengendali berusia 56 tahun yang mengambil tugas sebagai pengurus di Liverpool pada 8 Oktober 2015 telah memenangi tujuh trofi bersama The Reds termasuk Liga Perdana dan Liga Juara-Juara. Di bawah kendaliannya, Liverpool telah menjulang trofi Premier League 2019/2020, trofi Liga Juara-Juara Eropah 2018/2019, Piala FA 2021/2022, Piala Liga 2021/2022 dan Piala Carabao 2024.

 

 

parafrasa

 

 

Bagaimanapun, Klopp mengakui beliau tidak akan menerima mana-mana tawaran daripada kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris sebaik melepaskan tugasnya di Anfield, namun tidak mengesahkan destinasi kariernya selepas ini.

 

Jurgen Klopp akhirnya meninggalkan Anfield sebagai lagenda, sesudah mengembalikan semula Liverpool ke dalam kelompok elit bola sepak Inggeris dan Eropah. Beliau juga telah membina hubungan yang kukuh dengan bandar itu dan penduduknya.

 

Sejak pengurus itu membuat pengumuman mengejut Januari lalu beliau akan melepaskan jawatannya pada hujung musim ini, rasa kehilangan yang menyelubungi Merseyside amat ketara. Emosi itu adalah bukti transformasi yang tidak dilihat di Liverpool sejak hari-hari Bill Shankly beberapa dekad lalu.

 

 

parafrasa

 

 

Pada hari pertama kendalian Klopp di Anfield pada Oktober 2015 beliau menggelar dirinya sebagai "Normal One", berbeza dengan gelaran diri sendiri Jose Mourinho "Special One" ketika tiba sebagai bos Chelsea sedekad sebelumnya. Perasaan rendah diri beliau telah menarik ramai peminat bola sepak untuk melihat dengan lebih dekat siapa Jurgen Kloop yang sebenarnya.

 

Jurgen Klopp dan “gegenpressing” sememangnya tidak dapat dipisahkan. Beliau sangat gemar taktik ini sehingga membawa Liverpool serta kelab lama, Borussia Dortmund ke puncak kejayaan.  Taktik ini sangat berjaya sehingga menjadi ikutan pengurus lain. Media Jerman memanggilnya taktik gegenpressing. Media England pula memanggilnya counter-pressing. Idea di sebalik gegenpressing adalah ‘penguasaan bola tidak penting’.

 

 

parafrasa

 

Dalam gegenpressing, detik paling penting adalah detik ketika pasukan lawan kehilangan bola.Pasukan anda akan memberi tekanan secara berkumpulan kepada pemain lawan yang mempunyai bola. Jadi pemilihan pemain yang sesuai dengan taktik ini adalah pemain yang berstamina tinggi serta mempunyai disiplin taktikal yang sangat tinggi.

 

Bukan semua pemain sesuai dengan taktik ini. Ralf Ragnick contohnya, beliau gagal mengadaptasi taktik ini di Man Utd. Skuad sedia ada Man Utd ketika itu tidak sesuai dengan taktikal ini.

 

Klopp membawa masuk pemain yang sesuai dengan taktik ini seperti Firmino, Sane, Salah, Robertson, Fabinho, dan lain-lain lagi.

 

 

lfc
Tiga penyerang LFC paling digeruni semasa era Klopp: Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamad Salah

 

 

Bakat dari akademi juga sangat hebat. Klopp telah mencungkil bakat Trent, Elliot, Quansah serta Curtis Jones sehingga berjaya mewakili negara masing-masing.

 

Dalam satu wawancara tahun 2016, Klopp menyatakan "Counter-pressing makes exactly the same [influence as a playmaker]. No playmaker in the world can be as good as a good counter-pressing situation."

 

Klopp juga menyatakan gegenpressing sebagai ‘playmaker terbaik di dunia’. Dengan gegenpressing, pasukan anda boleh menyerang ketika organisasi pertahanan pasukan lawan belum bersedia pun. “Gegenpressing lets you win back the ball nearer to the goal” ujar beliau lagi.

 

Oleh itu, beliau tidak memerlukan specialist playmaker dalam jentera tengahnya. Pasukan tidak memerlukan playmaker berkelas dunia pun untuk mencipta peluang gol ke arah pertahanan yang kelam-kabut. hanya memerlukan tireless worker (pemain rajin) di bahagian tengah. Dengan itu, pasukan akan menutup kelemahan dengan kelajuan serangan balas “counter attacking”.

 

 

lfc
Wakil dari kelab penyokong rasmi LFC di Malaysia, ALL REDS MALAYSIA turut hadir pada perlawanan terakhir Klopp di Anfield pada 19 Mei 2024. - Gambar Muzili Aznor Musa


 

Kebanyakan kerjaya pengurus kelab bola sepak berakhir dengan kegagalan, sama ada kontrak tidak disambung atau kontrak ditamatkan. Tetapi jarang pengurus yang mendapat sambutan hangat di stadium dan sangat disayangi.

 

Hanya 2 sahaja pengurus  kelab bola sepak Inggeris yang mendapat sambutan perpisahan hebat iaitu Sir Alex Ferguson dan Jurgen Klopp. Mereka adalah pengurus yang hebat dan membawa kelab ke mercu kejayaan yang gemilang. “Danke, Jurgen. You Made Us Dream”. - DagangNews.com

 

 

Muhamad Addin Burhanuddin adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan & Perniagaan, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat dan Pakar Taktikal Bola Sepak (Football Fantasy 2012-2024)